Trossard kecewakan Tottenham dan Chelsea.

Ibu mendedahkan pembelian baharu Arsenal berada dalam radar Spurs, isyarat jelas daripada The Gunners.

Ibu Leandro Trossard telah mendedahkan bahawa Tottenham Hotspur adalah salah satu kelab yang menunjukkan minat kepadanya sebelum dia melengkapkan perpindahan ke Arsenal dari Brighton & Hove Albion pada hari Jumaat.

Pemain sayap itu dilaporkan 'tidak sebulu' dengan Roberto De Zerbi, yang menyaksikan pengurus The Seagulls itu meninggalkannya daripada skuad Brighton untuk perlawanan menentang Liverpool, minggu lalu. 

Ini telah meyakinkannya untuk meninggalkan Stadium Falmer pada jendela perpindahan musim sejuk.

Tottenham, Chelsea dan Newcastle United melihat pemain berusia 28 tahun itu terlebih dahulu sebelum Arsenal akhirnya berjaya mendapatkan khidmatnya.

Het Belang van Limburg (HBVL) menemubual ibu Trossard, Linda Scheepers, di mana dia telah menyatakan kegembiraannya atas perpindahan pemain itu ke Stadium Emirates.

"Sangat bangga. 

"Ia juga menandakan berakhirnya beberapa minggu yang menarik. 

"Ia adalah emosi yang bercampur-campur. 

"Leandro telah berada dalam radar beberapa kelab untuk beberapa ketika," kata Scheepers.

Selepas HBVL menamakan Chelsea dan Newcastle, ibu penyerang itu berkata "dan Tottenham". 

Dia juga memperincikan apa yang meyakinkan pemain antarabangsa Belgium itu untuk memilih Arsenal berbanding Spurs dan kelab lain.

"Kami tahu kelab itu [Arsenal] juga mengikuti Leandro. 

"Tetapi apabila mereka melaporkan kepada kami, ia adalah di luar jangkaan. 

"Dalam masa kira-kira 48 jam, perkara telah diselesaikan. 

"Isyarat jelas bahawa mereka benar-benar percaya kepadanya,” jelasnya lagi.

HBVL turut menyatakan bahawa Trossard adalah 'peminat rahsia Chelsea' dan walaupun begitu, dia dengan pantas bersetuju untuk menyertai Arsenal. 

Scheepers memperincikan sebab yang sama.

"Leandro seorang yang mempunyai kemahuan yang sangat kuat. 

"Jika perasaan itu tidak betul, dia tidak akan melakukannya. 

"Jadi, dia sangat yakin bahawa dia boleh berjaya di Arsenal. 

"Dikatakan pada Sports Late Night bahawa dia akhirnya boleh melupakan kisahnya bersama Roberto Martinez [gagal menjulang trofi bersama Belgium]," tegas Scheepers.

"Ia adalah mimpi. 

"Bayangkan dia boleh menambah gelaran baharu dalam senarai kepujiannya dalam beberapa bulan.

"Saya selalu berkata: 'Leandro dilahirkan dengan keberanian'. 

"Ini adalah ganjaran atas semangat juangnya. 

"Dia tidak pernah berputus asa."



Post a Comment

Previous Post Next Post