Trossard sah milik Arsenal.

Pemain antarabangsa Belgium, Leandro Trossard telah menyertai Arsenal dari Brighton & Hove Albion dengan kontrak jangka panjang.

Pemain sayap berusia 28 tahun itu merupakan ahli skuad Belgium pada Piala Dunia 2022 di Qatar baru-baru ini dan telah membuat 24 penampilan untuk negaranya.

Leandro memulakan karier awalnya di akademi remaja Genk pada 2010, sebelum berkembang dengan pantas untuk menyertai pasukan utama kelab tersebut. 

Bersama Genk, dia berjaya membuat 120 penampilan dan turut menikmati tempoh pinjaman yang berjaya dengan Lommel United, Westerlo dan OH Leuven pada peringkat perkembangan awal kariernya.

Pada Jun 2019, Leandro menandatangani kontrak untuk Brighton dan merupakan ahli penting pasukan Seagulls dengan membuat 121 penampilan.

Leandro telah menjaringkan tujuh gol daripada 16 penampilannya dalam Liga Perdana musim ini, termasuklah hatrik ketika menentang Liverpool di Anfield pada Oktober. 

Kemudian pada bulan yang sama, Leandro telah menjaringkan gol ke-100 dalam karier bolasepaknya dalam mewakili kelab ketika bertemu Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

"Kami gembira dapat menyempurnakan pembelian Leandro Trossard. Kami mempunyai rancangan dan strategi yang jelas untuk hala tuju kami, dan ia merupakan usaha pasukan yang hebat dalam membawa Leandro ke kelab." - Pengarah Sukan Arsenal, Edu dipetik berkata (sumber Arsenal).

"Leandro ialah pemain yang akan memberikan kami tahap kualiti yang tinggi pada masa hadapan. Saya tahu Mikel dan jurulatih kami teruja untuk mula bekerja dengannya. Selamat datang Leandro!"

Pengurus pasukan, Mikel Arteta menambah: "Ia adalah kerja yang bagus daripada semua orang di kelab untuk menyempurnakan pembelian Leandro. Dia adalah pemain serba boleh dengan keupayaan teknikal yang tinggi, kecerdasan dan pengalaman yang hebat dalam Liga Perdana dan di peringkat antarabangsa.

"Leandro memperkuatkan skuad kami ketika kami memasuki bahagian kedua musim ini dan kami semua tidak sabar untuk bekerja dengannya. Kami mengalu-alukan Leandro dan keluarganya ke Kelab Bolasepak Arsenal."

Semua dokumen telah diserahkan dan Arsenal berharap Leandro akan layak untuk dipilih bagi aksi pertemuan menentang Manchester United pada hari Ahad (awal pagi Isnin, jam 12.30am - waktu Malaysia).

Leandro akan memakai jersi bernombor 19 dan semua pihak di Arsenal mengalu-alukan kedatangan beliau ke kelab.



Post a Comment

Previous Post Next Post