Arsenal buat pendekatan untuk bintang Brazil.

Edu Gaspar dilaporkan telah menghubungi wakil pemain, berhubung potensi perpindahan.

Arsenal adalah antara kelab terbaharu menyertai perlumbaan untuk bintang muda Brazil, Vitor Roque, menurut laporan tempatan.

Laporan Goal Brazil semalam memaparkan cerita mengenai perebutan kelab-kelab berminat untuk menandatanganinya. 

Mereka mengatakan pada masa ini Barcelona yang mendahului, ketika kelab Catalan itu membuka perbincangan dengan Athletico-PR untuk perpindahan.

Tetapi cubaan ataupun usaha kelan-kelab lain yang berminat untuk menandatanganinya masih terbuka.

Arsenal dinamakan sebagai pasukan yang baharu terlibat dengan ia mengatakan bahawa 'baru-baru ini membuat pendekatan' untuk menandatangani pemain muda itu dan bersaing dengan pasukan seperti Chelsea, Newcastle United dan Paris Saint Germain.

Vitor Roque berusia 18 tahun bulan ini dan itu bermakna, dia akan dapat berpindah ke Eropah pada musim panas depan. 

Laporan Goal itu turut mengatakan idea Barcelona adalah untuk melengkapkan perjanjian sebelum jendela perpindahan dibuka, jadi itu adalah petanda kepada pesaing lain untuk mula membuat langkah mereka juga.

Vitor Roque, penyerang muda berusia 17 tahun, menjadi buruan beberapa kelab Eropah ketika ini.

Walaupun Athletico telah mengatakan bahawa mereka hanya melepaskan Roque pada harga €60 juta, jumlah yang mana ia adalah merupakan nilai pelepasannya, seperti yang terkandung dalam kontrak pemain itu.

Namun, mereka sebenarnya terbuka untuk berunding mengenai tawaran daripada mereka yang benar-benar berminat untuk membelinya.

Goal mengatakan bahawa pendekatan Arsenal dibuat melalui Edu Gaspar, dengan Pengarah Sukan The Gunners itu telah menghubungi wakil pemain untuk mengetahui situasinya di kelab tersebut.

Ia turut mendakwa bahawa semua kelab yang berminat berhasrat untuk membuat bidaan untuknya.

Post a Comment

Previous Post Next Post