Bintang Brentford mendedahkan Frank mempunyai rancangan khusus untuk "menyakitkan" Arsenal dengan perlawanan terdahulu bukanlah gambaran sebenar The Bees.
Penjaga gol Brentford, David Raya menegaskan Thomas Frank telah membuat rancangan khusus untuk menewaskan Arsenal, selepas kecewa dengan prestasi mereka dalam pertemuan pertama menentang skuad Mikel Arteta.
Arsenal menerima kunjungan Brentford di Emirates malam ini untuk mengekalkan kembali cabaran kejuaraan mereka selepas kekalahan yang mengecewakan kepada Everton hujung minggu lalu.
Melakukannya akan menjadi satu tugas yang sukar, dengan Brentford dalam prestasi yang baik dan menikmati satu lagi kempen hebat di bawah kepimpinan Frank.
Mereka kini menduduki tangga ke-7 dalam carta liga selepas 21 perlawanan dan hanya satu mata ketinggalan untuk berada dalam kelompok enam teratas, setelah memenangi empat daripada lima perlawanan terakhir mereka dalam saingan liga.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu bukanlah satu peristiwa yang menggembirakan buat The Bees, yang selesa dikalahkan 3-0 di tempat sendiri oleh pasukan Mikel Arteta hasil jaringan William Saliba, Gabriel Jesus dan Fabio Vieira.
Thomas Frank mempunyai rancangan khusus untuk mengecewakan The Gunners malam ini. |
Itulah keputusan yang Brentford ingin untuk melihat supaya ia tidak berulang dan Raya berkata Frank mempunyai rancangan baharu untuk pertemuan dengan pendahulu liga ini.
"Kami mempunyai [rancangan], di pihak jurulatih, cara berbeza menentang pasukan yang di atas kertas, agak unggul,” katanya kepada Marca.
"Kami mempunyai taktik dan cara kami bermain, dan Frank meminta kami menerapkannya dengan cara yang boleh kami manfaatkan.
"Dan ia ditunjukkan di atas padang dalam perlawanan menentang 'Enam Kuasa Besar' dengan keputusan yang kami perolehi.
"Mereka [Arsenal] beraksi pada tahap yang sangat tinggi dan di tempat sendiri mereka mengatasi kami.
"Ia adalah permulaan musim dan kami tidak mendapat rentak dan mereka bermula dengan baik dan di situlah mereka berada.
"Untuk menewaskan mereka, kami perlu bermain secara berpasukan, tidak memberi mereka terlalu banyak peluang dan melemahkan mereka melalui serangan balas (counter attack) dan set piece, di mana kami adalah salah satu pasukan terbaik dalam Liga Perdana."