Dilaporkan terdapat empat kelab Inggeris berminat untuk mendapatkan pemain muda Sepanyol berusia 20 tahun itu.
Arsenal dan Tottenham adalah antara empat kelab Inggeris yang menunjukkan minat terhadap Ansu Fati apabila persoalan mengenai masa depannya di Barcelona mula timbul.
Itu menurut wartawan Mundo Deportivo, yang mengatakan setakat ini masih belum ada tawaran daripada mana-mana pihak untuk pemain itu, tetapi ia boleh berubah dalam beberapa bulan akan datang.
Mereka menjelaskan bahawa situasi Fati sedang ‘diikuti rapat’ oleh pihak di seluruh Eropah kerana dia hanya memulakan tujuh perlawanan dalam La Liga musim ini.
Malah kecederaan yang melanda Raphinha baru-baru ini juga tidak banyak membantunya untuk diberikan tempat permulaan.
Kedudukan semasanya dalam skuad Barcelona 'tidak dipandang sepi' dalam dunia bolasepak Eropah, dengan laporan baru-baru ini menamakan Manchester United sebagai pihak berminat untuk menandatangani pemain itu secara pinjaman.
Mundo Deportivo tidak meletakkan mereka (Red Devils) dalam senarai tersebut tetapi mengatakan terdapat empat kelab Inggeris yang akan berminat untuk mendapatkannya selain gergasi Eropah lain.
Namun mereka menyatakan secara khusus bahawa Arsenal dan Tottenham 'mengawasi' pemain muda itu.
Kedua-dua pasukan Inggeris itu akan menghadapi persaingan di seluruh Eropah, terutamanya dari Bayern Munich, yang merupakan kelab yang 'paling banyak bertanyakan' mengenai Fati dan situasinya.
Bagaimanapun, kelab Jerman itu masih belum membuat sebarang tawaran.
❗| Should FC Barcelona consider selling Ansu Fati? If yes, for how much? pic.twitter.com/CiMCouqUhU
— Managing Barça (@ManagingBarca) February 5, 2023
Fati diwakili oleh ejen tersohor, Jorge Mendes dan wakilnya itu bersedia untuk membawanya keluar (berpindah) jika keadaannya tidak bertambah baik dalam beberapa bulan akan datang.
Itu mungkin berlaku, walaupun, dengan Xavi gembira dengan persediaan semasa dan hasil yang diperolehinya.
Beliau secara terbuka menegaskan bahawa mereka tidak berminat untuk melakukan jualan dan semua pihak perlu bersabar dengan pemain itu, percaya perkara akan berjaya untuknya di Camp Nou.
Nampaknya Fati tidak mempunyai pemikiran yang sama, terutamanya selepas dikaitkan dengan usaha Manchester United itu.
Dan kini, Arsenal dan Tottenham dinamakan sebagai destinasi berpotensi jika dia memutuskan untuk berpindah.
🚨Arsenal and Tottenham are among the clubs that have shown interest in Barcelona's Spanish forward Ansu Fati, but Bayern Munich are said to be the most keen on the 20-year-old.🇪🇸 🔵 #ForçaBarça
— Ekrem KONUR (@Ekremkonur) February 5, 2023
🔴#AFC ⚪#THFC 🔴#FCBayern pic.twitter.com/x8I96Yfm5C