Arsenal kembali untuk penyerang 'sensasi'.

Percubaan baharu berkemungkinan besar dengan kepercayaan The Gunners akan kembali untuk menandatangani penyerang di mana Mikel Arteta sudah cuba menandatanganinya.

Sebelum Arsenal memutuskan untuk membelanjakan wang bagi membawa masuk Gabriel Jesus, Mikel Arteta terlebih dahulu dilaporkan mahu menandatangani Dusan Vlahovic bagi memperkukuhkan jentera serangannya.

Perkara itu sangat jelas selepas beliau melepaskan Pierre-Emerick Aubameyang dan merelakan pemergian Alexandre Lacazette.

Ketiadaan penyerang berpengalaman di dalam skuad The Gunners menyebabkan jentera serangan Arteta hanya bergantung kepada pemain muda, Eddie Nketiah dan beliau memutuskan penyerang Serbia itu adalah pemain yang tepat untuk mengisi kekosongan tersebut.

Edu Gaspar mencuba yang terbaik, tetapi pemain itu, yang pada ketika itu masih bersama Fiorentina, memutuskan untuk kekal di Itali, yang akhirnya menyaksikan dia menandatangani kontrak bersama Juventus.

Sejak itu, keadaan tidak berjalan dengan baik untuk penyerang tersebut, manakala trajektori Arsenal telah menuju ke arah yang bertentangan dengan Juventus, kerana The Gunners kini selesa menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

Juventus telah menandatangani Dusan Vlahovic dengan bayaran perpindahan sebanyak €70 juta (£66.6 juta) dari Fiorentina dengan kelab Turin itu memberikan bintang Serbia itu jersi No. 7, yang dikosongkan oleh Cristiano Ronaldo.

Arsenal telah memperkukuhkan skuad mereka dalam masa yang sama, tetapi memandangkan Jesus kini cedera, Arteta terpaksa bergantung kepada khidmat pemain muda itu (Nketiah) untuk menjaringkan gol hari ini.

Bagaimanapun aksi tidak konsisten Nketiah seperti yang ditunjukkannya pada kekalahan 1-0 kepada Everton baru-baru ini, mencetuskan persoalan mengenai kemampuan jentera serangan The Gunners.

Dengan aksi Eropah terutamanya Liga Juara-Juara sudah berada sebelah kaki musim depan untuk Arsenal, penyerang baharu tidak lari dari menjadi topik keperluan di Stadium Emirates dan Vlahovic tidak dilupakan.

Ini sekurang-kurangnya, menurut apa yang dilaporkan Niccolo Ceccarini, ketika bercakap mengenai masa depan pemain Serbia itu, sebagaimana disampaikan oleh Juve News, menjelaskan Arsenal boleh kembali untuknya pada musim panas.

"Untuk Vlahovic, terdapat beberapa minat dari Liga Perdana Inggeris" jelas Ceccarini.

"Musim panas yang panas juga nampaknya untuk pasaran penyerang.

"Salah seorang daripada mereka pastinya Vlahovic. 

"[Pasukan] Liga Perdana kini bergerak hebat dan berpotensi untuk menawarkan tawaran yang sangat tinggi, dan Itali kekal sebagai destinasi kegemaran.

"Arsenal sudah pun cuba untuk menandatanganinya sebelum perpindahan ke Juventus. 

"Idea itu kekal dan pada penghujung musim, percubaan baharu sangat mungkin. 

"Di England, bagaimanapun, mereka [Arsenal] bukan satu-satunya. 

"Manchester United juga sudah mula bergerak. 

"Secara keseluruhan, keadaan sedang berkembang." 

Untuk rekod Ceccarini merupakan salah seorang wartawan pakar dalam pasaran perpindahan.

Post a Comment

Previous Post Next Post