Pemain tengah yang menjadi buruan Mikel Arteta mahukan perpindahan musim panas, Arsenal adalah destinasi pilihan.
Walaupun Lazio ketika ini berada di tangga teratas dalam carta Serie A, namun pasukan kendalian Maurizio Sarri itu perlu berhadapan dengan 'halangan' besar di dalam bilik persalinan setiap hari dan itu adalah mengenai masa depan Sergej Milinkovic-Savic.
Kontrak pemain berusia 27 tahun itu dengan kelab Itali tersebut akan tamat pada Jun 2024 dan itulah sebabnya pasukan seperti Arsenal sudah tertarik dengan prospek untuk menandatanganinya pada musim panas, baru-baru ini.
Bagaimanapun usaha The Gunners untuk menandatanganinya berakhir dengan kegagalan walaupun ejennya menjelaskan bahawa pemain itu tidak akan kekal lama di Rome.
Arsenal dilaporkan membuat tawaran sekitar €50-55 juta untuk mendapatkan khidmatnya musim panas lalu.
Bagaimanapun, pemain tengah Serbia itu, pada masa itu, memutuskan untuk menolak pelawaan The Gunners dan memilih untuk kekal di Stadium Olimpico, walaupun dia tidak dapat meramalkan kenaikan mendadak yang akan dialami pasukan Mikel Arteta musim ini.
Ini kerana salah satu punca mengapa pemain itu menolak usaha Arsenal adalah kegagalan The Gunners untuk menawarkan aksi Liga Juara-Juara, selain harga permintaan Lazio sekitar €70-100 juta.
Arsenal kini berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris, walaupun tewas kepada Everton hujung minggu lalu dan berjaya mengekalkan kelebihan lima mata di hadapan Manchester City, selepas seteru Utara London mereka menewaskan Pep Guardiola dan pasukannya pada hari Ahad.
Awal tahun ini juga, dilaporkan bahawa Arsenal kembali berunding bersama wakil Milinkovic-Savic, Mateja Kezman mengenai potensi perpindahan musim sejuk namun merasakan ianya lebih sesuai untuk bergerak pada musim panas nanti.
Walau apa pun, Corriere dello Sport mempunyai artikel yang melihat masa depan Milinkovic-Savic dan satu perkara yang pemain itu begitu pasti ialah bermain dalam Liga Juara-Juara.
Bagaimanapun, tidak kira sama ada dia membantu Lazio melayakkan diri ke kejohanan itu atau tidak, dia tetap akan berpindah keluar kerana pemain itu difahamkan telah membuat keputusan yang tidak boleh diubah lagi.
Ia adalah semata-mata kerana keinginannya untuk mencuba pengalaman baru dan sementara pertemuan baru berlangsung antara ejennya, Mateja Kezman dan kelab Itali itu, kata putus masih belum dicapai mengenai pembaharuan kontrak, walaupun Claudio Lotito mencuba untuk melakukan sesuatu.
Wakil itu menjelaskan Milinkovic-Savic mahukan kelab baharu, tetapi juga mahu berbuat demikian ‘tanpa meninggalkan Lazio secara percuma’ untuk memastikan pasukannya mendapat imbuhan dengan pemergiannya.
Ini bermakna jualan pada musim panas dilihat sesuatu yang paling mungkin dan oleh itu, ia perlu ada untuk mewujudkan strategi keluar dengan semua pihak.
Mengenai ke mana pemain itu akan pergi seterusnya, Arsenal kekal menjadi destinasi kegemaran untuk pemain antarabangsa Serbia itu, kerana The Gunners adalah kelab yang telah mengambil langkah paling yakin untuk menandatanganinya.
Pun begitu, tiada tawaran tiba untuknya pada bulan Januari kerana pihak Arsenal menumpukan segala usaha mereka (yang sia-sia) dalam usaha mendapatkan Moises Caicedo dari Brighton, tetapi musim panas nanti sepatutnya berbeza.
Milinkovic-Savic lebih suka tidak pergi secara percuma pada 2024 kerana dia tidak mahu menyebabkan 'kerosakan teruk kepada Lazio', tetapi perlu bagi pihaknya untuk menetapkan harga yang berpatutan.
Perkara itu tidak boleh dikatakan, tetapi jelas bahawa €100 juta yang dikehendaki Lotito pada masa lalu kini menjadi kenangan dan harapan untuk menerima tawaran €50-60 juta pada musim panas ini adalah satu fatamorgana.
Oleh itu, kita perlu melihat apa yang Lazio sanggup terima untuknya, yang bergantung kepada presiden kelab (Claudio Latito), yang juga boleh memaksa Milinkovic-Savic untuk kekal setahun lagi (menghabiskan kontraknya) dan berdepan dengan risiko kehilangannya secara percuma.