Arsenal menyasarkan bintang PSV Eindhoven, Xavi Simons dengan minat mendalam terhadap pemain berusia 20 tahun itu.
Demikian menurut Voetbal International (VI), yang mengatakan The Gunners sedang memantau bakat terbaik sebagai pengukuhan yang mungkin untuk skuad Mikel Arteta musim depan.
Laporan itu menjelaskan bahawa persembahan mengagumkan Simons untuk PSV musim ini telah memberi kesan besar di pasaran Eropah dan dia tidak terlepas pandang oleh beberapa kelab, yang melihatnya sebagai pilihan yang sangat menarik untuk musim depan.
Arsenal adalah salah seorang daripada mereka dan merupakan calon paling kukuh dalam pasaran pada masa ini, ketika mereka ingin memperkuatkan skuad setelah saingan lebih besar akan dihadapi mereka musim depan.
Simons mempunyai klausa dalam kontraknya, yang bermakna dia boleh kembali ke PSG pada harga €12 juta, walau bagaimanapun pemain itu sendiri perlu secara eksplisit mendesak agar perpindahan itu berlaku.
Manakala bagi kelab lain pula, mereka perlu membayar jumlah sebenar jika mereka mahu mencuba dan menandatanganinya.
Menurut laporan Eindhovens Dagblad pula, harga Simons akan menjadi sangat mahal kerana PSV percaya dan menilai pemain itu pada harga tinggi.
Dan mereka yang bertanggungjawab ke atas kelab itu difahamkan tidak akan bersedia untuk merundingkan apa-apa, yang mana ia bukan bayaran rekod untuk kelab.
Sebelum ini, perpindahan Cody Gakpo ke Liverpool sebanyak €50 juta pada jendela Januari lalu merupakan nilai tertinggi yang pernah mereka terima dalam sejarah kelab.
Nilai tersebut dikatakan menjadi tanda aras bagi mana-mana kelab berminat untuk mendapatkan Simons dari PSV pada jendela akan datang.
Pun begitu, VI berkata, ini tidak akan menjadi masalah bagi kelab yang berminat, termasuk Arsenal, walaupun semuanya bergantung kepada kehendak pemain itu juga.
Simons dilaporkan ingin bermain dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan, sesuatu yang PSV hanya boleh tawarkan kepadanya jika mereka berjaya melepasi pusingan awal kelayakan.
Namun, jika itu tidak berlaku, Simons kemudian barulah boleh bergerak.
Pemain itu juga akan menunggu untuk melihat siapakah yang akan PSV ambil sebagai pengurus baharu mereka yang seterusnya dan melihat rancangan mereka untuk masa depan sebelum dia membuat keputusan sendiri.
Arsenal pastinya berada dalam situasi tersebut untuk Simons dengan Arteta telah membuktikan kebolehannya dalam membangunkan bakat-bakat muda.
Malahan, Simons diwakili oleh Darren Dein, yang merupakan anak kepada bekas pemilik bersama Arsenal dan naib presiden David Dein.
Itu mungkin memberi kelebihan kepada The Gunners jika mereka bersedia untuk meningkatkan dan cuba menandatangani salah satu prospek yang dinilai paling hangat di Eropah ketika ini.