The Blues sudah mempertimbangkan pilihan penyelesaian yang ada untuk pemain muda mereka.
Pada 6 Januari 2023, Chelsea telah melengkapkan pembelian pemain baharu mereka dari Brazil, Andrey Santos yang beraksi untuk Vasco Da Gama dalam perpindahan yang tidak dinyatakan nilainya (yuran perpindahan).
Bagaimanapun Santos tidak dibenarkan bermain untuk Chelsea kerana kelab London itu masih gagal mendapatkan permit kerja untuk pemain berusia 18 tahun itu, menurut laporan dari Brazil.
UOL hari ini menulis bahawa pemain tengah itu masih tidak mendapat mata yang diperlukan untuk diberikan visa dan ciri-ciri lain dalam Liga Perdana Inggeris.
Tetapi Chelsea masih belum berputus asa, kerana mereka dilaporkan percaya bahawa dengan penyertaan semasa pemain itu dalam Kejuaraan Amerika Selatan B20, dia akan memperolehinya (mata yang diperlukan dalam mendapatkan visa dan permit kerja).
Sekiranya perkara itu tidak berlaku, maka The Blues terpaksa meminjamkannya terlebih dahulu dan memandangkan jendela perpindahan Eropah telah ditutup, maka pemain itu akan kembali ke Brazil.
UOL menegaskan bahawa Copa Libertadores adalah kejohanan di Amerika Selatan yang memberikan kebanyakan mata untuk permit kerja yang berpotensi, jadi Chelsea akan menghantarnya ke kelab yang layak untuk pertandingan musim ini.
Dan itu sudah tentu bukan ke kelab lamanya, Vasco da Gama.
Ini kerana kelab Brazil yang menyertai kejohanan tersebut musim ini ialah Palmeiras, International, Fluminense, Corinthians, Flamengo, Athletico Paranaense, Fortaleza and Atletico Mineiro.
Dua kelab yang terakhir (Fortaleza and Atletico Mineiro) masih dalam kelayakkan (playoff), jadi tidak ada jaminan mereka mempunyai banyak perlawanan di masa hadapan bagi memberikan mata yang diperlukan kepada Andrey Santos.