Drama perpindahan sedang dibina sekarang untuk pasaran musim panas nanti.
Atas sebab yang tidak jelas buat masa ini, sejak seminggu yang lalu atau lebih, Sport telah cuba membina khabar angin perpindahan mengenai Ansu Fati.
Akhbar Catalan itu pada mulanya mengheret Manchester United ke dalam gambaran dan kemudian Bayern Munich disebut-sebutkan, yang mana media yang rapat dengan kelab Jerman itu akhirnya menafikan dakwaan tersebut.
It is NOT TRUE ❌ that @FCBayern is trying to sign Ansu Fati (20) @FCBarcelona this summer
— Christian Falk (@cfbayern) February 6, 2023
Sport dalam laporan terbarunya mempunyai intipati cerita mengenai pemain itu, dengan mengatakan bahawa ialah Fati hanya boleh meninggalkan Barcelona jika dia meminta perpindahan.
Media itu turut menjelaskan 'ribut' sedang berkembang untuk pemain itu keluar dari Camp Nou.
#FCB 🔵🔴
— Diario SPORT (@sport) February 7, 2023
👉 El Barça sabe que hay ruido en el entorno de Ansu Fati porque hay clubs interesados y aquí no es titular
✍️ L. Miguelsanzhttps://t.co/iMaT79NCnw
Dia tidak mendapat minit permainan yang secukupnya dan itu bukanlah sesuatu yang diharapkannya ketika ini, dan Blaugrana memerlukan jualan besar pada musim panas ini
Seseorang dengan jelas menolak dakwaan ini kepada akhbar Catalan itu dan tidak jelas sama ada ia adalah dari kem pemain atau kelabnya.
Terdapat cadangan bahawa Ansu Fati boleh menjadi Frenkie de Jong pada musim panas ini, yang mana khabar angin seperti ini bertiup kencang dengan United mahu mengambilnya dari Barcelona dan kemudiannya menjadi sepi.
Menurut laporan itu lagi, Manchester United boleh ‘meletakkan banyak wang di atas meja’ untuk penyerang itu.
Sama ada mereka mahu atau tidak, adalah persoalan yang lebih besar, kerana sekarang ini kelihatan seperti situasi yang 'keruh' antara Barcelona dan Ansu Fati masih berlarutan, dengan kelab lain mungkin digunakan untuk drama ini.
Semalam, Mundo Deportivo juga melaporkan mengenai perpindahan pemain ini dengan mengaitkan Tottenham dan Arsenal sebagai pihak yang sedang memantau situasi Fati.