Selain dua kelab Liga Perdana Inggeris, beberapa pasukan Eropah juga berminat untuk menandatangani penyerang muda Arsenal ini.
Dengan 14 gol, Folarin Balogun dari Arsenal menduduki tempat teratas dalam carta penjaring gol Ligue 1 dan bakatnya telah menarik minat beberapa kelab di seluruh Eropah.
Keputusan untuk membenarkan pemain berusia 21 tahun itu berpindah ke Perancis secara pinjaman musim ini telah terbukti tepat dari sudut pandangan Arsenal.
Ini kerana The Gunners boleh bergantung harap dan menerima manfaat daripada pemain itu musim depan apabila penyerang itu kembali dari tempoh pinjaman atau mereka boleh menjual pemain muda itu ketika nilainya berada pada tahap tertinggi.
Balogun hadir melalui sistem akademi Arsenal dan telah berada bersama The Gunners sepanjang kariernya.
Selepas menjalani tempoh pinjaman yang teruk bersama Middlesborough musim lalu, pemain muda itu telah berjaya mengubah keadaan apabila tampil dengan bergaya selain menyerlahkan dirinya yang sebenar di Perancis musim ini.
14 golnya dalam 21 perlawanan Ligue 1 menjadikannya penjaring terbanyak liga dan itu akan membawa minat yang lebih tinggi terhadap pemain muda itu, daripada apa yang diterimanya musim panas lalu.
Menulis dalam ruangan CaughtOffside eksklusifnya Daily Briefing, Fabrizio Romano berkata terdapat banyak minat terhadap Balogun pada musim panas lalu dan Arsenal tidak pernah terfikir untuk menarik balik tempoh pinjamannya pada Januari berikutan kecederaan Gabriel Jesus.
Wartawan perpindahan itu berkata: "Arsenal tidak pernah terfikir untuk memanggil pulang Folarin Balogun pada Januari, walaupun prestasi cemerlangnya dalam Ligue 1.
"Mereka mahu melindunginya kerana pinjaman di Reims telah terbukti sebagai keputusan yang sangat baik untuk perkembangan pemain itu.
"Beberapa kelab Itali mahukan Balogun pada bulan Julai dan juga dua kelab Liga Perdana serta Borussia Monchengladbach, tetapi Perancis dilihat sebagai pilihan terbaik.
"Arsenal akan menentukan masa depannya pada Mei/Jun, bukan sekarang."
Balogun: ‘Arsenal is my family. For me, the club represents brotherhood & unity…
— Arthur Clue Arsenal (@_23Football) February 8, 2023
I think by the time I go back I’ll be in a better place to compete than I was before I left. I realised there were certain things I would struggle with, but I think that’s a good thing.’ #COYG 🔴⚪️ pic.twitter.com/Go1c03VMfc