Ingin mengetahui situasi sebenar pemain.

Arsenal telah menghubungi ejen kepada Ansu Fati dan bertanyakan mengenai potensi perpindahan pemain tersebut.

The Gunners dilaporkan telah menghubungi Jorge Mendes mengenai Ansu Fati ketika wakilnya itu telah membuka pintu kepada kemungkinan untuk pemain tersebut berlepas keluar dari Camp Nou.

Demikian menurut Cadena COPE, yang mengatakan ejen Portugal itu masih belum menerima sebarang tawaran rasmi lagi untuk pemain itu ketika ini, tetapi perkara tersebut boleh berubah dalam beberapa bulan akan datang.

Mereka menjelaskan bahawa Fati telah melihat peranannya semakin berkurangan dalam beberapa bulan kebelakangan ini selepas perubahan kepada sistem pasukan Catalan itu yang dibina Xavi.

Jorge Mendes (kiri) ejen kepada Ansu Fati.

Itu telah membawa kepada dakwaan bahawa Fati boleh berpindah dalam beberapa bulan akan datang, dengan beberapa laporan mengaitkannya ke Liga Perdana Inggeris.

Laporan hari ini sekali lagi mengaitkan Arsenal dalam usaha menandatangani pemain muda berusia  20 tahun itu, selepas beberapa hari lalu Mundo Deportivo mendakwa The Gunners dan Tottenham merupakan antara pasukan Inggeris yang sedang memantau Fati.

Kini, ia menyatakan bahawa Arsenal dan Tottenham telah berminat dengan pemain itu dan wakilnya telah membuka pintu untuk perpindahan.

COPE menyokongnya, dengan menyatakan bahawa beberapa kelab Liga Perdana Inggeris, termasuk Arsenal, telah menghubungi Jorge Mendes berkenaan pelanggannya itu.

Mereka mahu bertanyakan kepadanya mengenai situasi sebenar pemain itu, walaupun masih belum membuat tawaran rasmi untuknya pada masa ini.

Minat pasukan Inggeris itu dialu-alukan oleh ejennya, yang mula melihat bahawa pemain itu tidak mempunyai tempat dalam sistem baru Xavi yang dibina berasaskan empat pemain tengah.

Itu telah membuka pintu kepada kemungkinan perpindahan keluar sekiranya peranan sekundernya tidak berubah, walaupun keinginan Fati sentiasa ingin berjaya bersama Barcelona.

Ansu Fati mencari minit permainan tetap bagi mengembangkan lagi bakatnya.

Bagaimanapun, Barcelona sangat jelas mengenai perancangan Xavi dan mereka tetap dengan pendirian bahawa penyerang itu bukan untuk dijual. 

Ini telah diulang secara terbuka oleh Presiden Barcelona, Joan Laporta manakala Xavi menegaskan bahawa Fati kekal dalam rancangannya.

Tetapi pemain itu terdesak untuk beraksi dan beberapa pasukan lain menyedari perkara itu. 

Arsenal adalah salah seorang daripada mereka dan itulah sebabnya The Gunners serta yang lain, memanggil Mendes, bertanyakan mengenai kemungkinan perpindahan pada musim panas.

Barcelona, walaupun dikatakan tidak mahu menjual pemain muda itu, namun difahamkan ekonomi mereka begitu teruk ketika ini dengan beberapa penjualan pemain pada musim panas ini tidak lagi mampu dielakkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post