Arsenal bersedia membenarkan bintang mereka meninggalkan Stadium Emirates untuk sertai seteru ataupun saingan liga setelah Mikel Arteta mengubah fikirannya.
The Gunners dilaporkan bersedia untuk melepaskan pemain yang sebelum ini didakwa Mikel Arteta adalah sebahagian daripada rancangannya.
Skuad kendalian Arteta memulakan musim ini dengan kemenangan 2-1 ke atas Nottingham Forest tetapi prestasi ataupun persembahan pada babak kedua perlawanan tidaklah begitu menyakinkan berbanding 45 minit pertama perlawanan.
Ini dapat disaksikan setelah The Reds bangkit semula ke dalam permainan melalui jaringan Taiwo Awoniyi pada separuh kedua perlawanan.
Arsenal juga menerima berita buruk apabila pertahanan baharu musim ini, Jurrien Timber mengalami kecederaan dan terpaksa digantikan pada minit ke-50 perlawanan.
Bagaimanapun itu tidak menghalang Arteta untuk membuat keputusan menjual pemain sandaran berpotensi bagi mendapatkan pemain baharu, dikalangan skuad yang terdiri daripada 33 bintang senior yang dimiliki ketika ini.
The Telegraph telah melaporkan bahawa Newcastle United mahukan pemain pertahanan The Gunners, Kieran Tierney secara pinjaman untuk musim ini, selepas pemain Scotland itu diketepikan sepenuhnya daripada skuad pada hujung minggu, baru-baru ini.
Tierney menyertai Arsenal dengan harga £25 juta pada 2019 di bawah bekas pengurus Unai Emery dan sebelum ini menjadi pemain penting di Stadium Emirates.
Kecederaan berterusan dialaminya menyebabkan khidmatnya begitu jarang digunakan tambahan Arteta ketika itu sudah pun memiliki Oleksandr Zinchenko, Takehiro Tomiyasu, Jakub Kiwior dan kini Timber, yang mana semuanya tersedia sebagai pilihan di bek kiri.
Sekiranya Tierney berpindah, ia akan menandakan perubahan fikiran dalam rancangan Arteta, kerana pengurus The Gunners itu sebelum ini menyatakan bahawa pertahanan kelahiran Isle of Man itu masih bernilai kepadanya.
"Dia [Tierney] ada dalam rancangan kami," kata Arteta sebelum musim bermula.
"Setiap kali dia bermain dalam pra-musim, dia benar-benar bagus. Inilah sebabnya kami mahu mencipta saingan dalam pasukan, meningkatkan tahap setiap individu dan itu akan menjadi manfaat besar bagi pasukan untuk mencapai tahap yang lain. "
Arsenal lebih suka menjual walaupun laporan mengatakan Newcastle berminat untuk meminjam sahaja pemain itu.
Tierney bernilai €25 juta oleh Transfermarkt.