Pengganti Tierney dan kesempatan yang ada untuk pertahanan baharu Arsenal.

Arsenal dilaporkan telah membuat tawaran lumayan kepada pemain pertahanan muda dan boleh menandatanganinya berikutan situasi semasa kelab.

The Gunners menerima tamparan hebat dengan kecederaan terbaru dalam skuad namun perkara itu juga boleh menjadi rangsangan serta membuka peluang untuk menandatangani pemain pertahanan yang sangat diidamkan.

Mikel Arteta boleh menggunakan situasi kecederaan dalam skuadnya sebagai motivasi untuk keluar dan membeli pertahanan sayap wonderkid yang mereka jejaki selama berbulan-bulan.

The Gunners menewaskan Nottingham Forest 2-1 pada hujung minggu tetapi kemenangan itu terpaksa dibayar dengan harga tinggi setelah pemain pertahanan baharu, Jurrien Timber mengalami kecederaan.

Pemain Belanda itu digantikan pada separuh masa kedua setelah mengalami kecederaan pada lututnya.

Terdapat spekulasi bahawa kecederaan itu berpotensi menyebabkan pemain berusia 22 tahun itu tidak akan beraksi untuk tempoh yang agak lama, tetapi Arsenal hanya akan mengesahkan perkara tersebut setelah Timber menjalani ujian lanjut, untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang sejauh mana isu itu.

"Kami terus membawanya keluar dan sekarang kami perlu menilai dia untuk melihat apa yang dia ada [tahap kecederaan]," kata Mikel Arteta kepada Arsenal.com selepas perlawanan.

BILD melaporkan seawal Mei lalu bahawa Arsenal telah membuat "tawaran lumayan" kepada Ivan Fresneda menjelang perpindahan yang berpotensi, sebelum membawa masuk Timber.

Fresneda juga telah berada dalam radar Barcelona untuk musim panas ini juga, walaupun perpindahan ke Catalonia gagal berlaku. 

Dengan Arsenal kini kekurangan dalam pemain untuk menjadi sandaran, mereka boleh mengaktifkan semula usaha mereka untuk harga yang lebih murah.

Ini kerana media Sepanyol, Relevo mendakwa klausa pelepasan pemain pertahanan itu hanya berjumlah €20 juta.

Real Valladolid kini beraksi di divisyen kedua setelah diturunkan dari La Liga musim lalu, tetapi Fresneda masih belum meninggalkan kelab itu, yang dimiliki oleh legenda Brazil, Ronaldo. 

Dengan Kieran Tierney dijangka akan dilepaskan dalam beberapa minggu akan datang, Fresneda juga boleh menjadi pengganti yang terbaik untuknya.

Ivan Fresneda, pemain berusia 18 tahun, setakat ini lebih banyak digunakan sebagai bek kanan songsang (inverted right-back) tetapi boleh dilatih dan dibentuk untuk memainkan peranan di bahagian kiri dalam sistem empat pertahanan Arsenal yang dikendalikan Arteta.

Arsenal juga mempunyai Jakub Kiwior, Takehiro Tomiyasu dan Oleksandr Zinchenko sebagai pilihan di bek kiri juga.

Fresneda bernilai €15 juta oleh Transfermarkt.

Post a Comment

Previous Post Next Post