"Arsenal mahu merampas saya"

"Arsenal mahu merampas saya" – Penyerang berkata The Gunners mahu merampas perpindahannya ke Manchester City.

Nama Nadir Ciftci mungkin tidak memberi sebarang makna sama ada kepada peminat Manchester City ataupun Arsenal, tetapi dia adalah pemain yang pernah menjadi rebutan kedua-dua kelab itu.

Penyerang berusia 31 tahun itu kini bermain untuk kelab di negara kelahirannya, Turki dengan mewakili Karaman FK di Divisyen Dua selepas karier panjang bersama beberapa kelab sebelum itu.

Namun, terdapat satu kisah menarik mengenainya ketika dia masih muda, apabila beberapa pasukan ternama berusaha mendapatkannya.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ciftci, dia mana dia telah memberikan temu bual ekslusif kepada Soccer News mengenai perjalanan kariernya dan mengimbas kembali bagaimana Arsenal hampir merampas perpindahannya ke Manchester City.

Pun begitu, pasti mereka yang hadir dan memberi sokongan di Etihad tertanya-tanya mengapa mereka tidak mengingatinya langsung.

Itu adalah kerana perjanjian membawanya ke Utara England tidak pernah berlaku.

Bagi penyokong Arsenal pula, mereka akan mengingati Oguzhan Ozyakup, yang menyertai dan kekal bersama The Gunners dari 2008 hingga 2012, sebelum dijual kepada Besiktas.

Namun disebabkan Ozyakup dan ejennya, masa depan Ciftci hampir berakhir di Manchester City.

Highly-rated midfielder Oguzhan Ozyakup joined Arsenal as a schoolboy and made the first of two first-team appearances against Shrewsbury Town in September 2011, providing the assist for Yossi Benayoun to round off a 3-1 victory. (kredit : Arsenal).

Dia berkata: "Saya dibesarkan bersama Oguzhan Ozyakup, dimana dengan dia saya selalu bermain di peringkat antarabangsa remaja. 

"Kami mempunyai ejen yang sama dan kedua-duanya mendapat tawaran daripada kelab Inggeris. 

"Dia pergi ke Arsenal dan saya dijemput untuk melawat Manchester City. 

"Semasa saya di sana, Arsenal mahu merampas saya. 

"Saya akan mendapat kontrak yang baik dan bersama 'Ozzie' di sebuah apartmen di London.

"Arsenal adalah kelab impian saya, jadi saya mahu meninggalkan Manchester City serta-merta, tetapi itu tidak sopan. 

"Saya memberi mereka peluang dan mereka meyakinkan saya dengan rancangan mereka. 

"Sven-Goran Eriksson, pengurus pada masa itu, segera mahu saya berlatih dengan pasukan utama [City]. 

"Saya menandatangani pra-kontrak dan sepatutnya pergi ke England enam bulan kemudian, tetapi kelab itu telah diambil alih dan semua perpindahan dibatalkan."

Ciftci menjelaskan itu adalah 'kekecewaan besar' untuknya, tetapi dia akhirnya dapat berpindah ke Liga Perdana Inggeris juga, di mana pada musim panas itu, Portsmouth menandatanganinya.

Selepas perpindahannya ke pasukan League One sekarang, dia bermain untuk Kayserispor, NAC Breda, Dundee United, Celtic, Eskisehirspor, Pogon Szczecin, Plymouth, Motherwell FC, Genclerbirligi, Rizespor, Samsunspor, Ankaragücü, St Johnstone, Makedonikos, Iskenderunspor dan kini Karaman FK.

Tahun Pasukan/Kelab Penampilan Gol
2010–2011 Portsmouth 19 1
2011–2012 Kayserispor 11 0
2012–2013 NAC Breda 7 0
2013–2015 Dundee United 68 25
2015–2018 Celtic 12 4
2016 Eskişehirspor (dipinjamkan) 12 4
2017 Pogoń Szczecin (dipinjamkan) 8 0
2017–2018 Plymouth Argyle (dipinjamkan) 7 0
2018 Motherwell (dipinjamkan) 11 3
2018–2020 Gençlerbirliği 43 11
2020 Çaykur Rizespor 1 0
2020–2021 Samsunspor 25 7
2021–2022 Ankaragücü 11 0
2022 St Johnstone 11 0
2022 Makedonikos 4 0
2023 İskenderunspor 18 3
2023 - Karaman FK

Post a Comment

Previous Post Next Post