Selamat tinggal...

Arsenal di ambang menyingkirkan pemain yang pernah menjadi rekod pembelian termahal dalam sejarah kelab.

Difahamkan pemain tersebut kini sedang menjalani ujian kesihatan dan akan melengkapkan perpindahan tidak lama lagi.

Walaupun dua kelab dari Arab Saudi berebut untuk mendapatkan dia, namun Nicolas Pepe tidak akan berpindah ke Timur Tengah, tetapi sebaliknya dalam perjalanan ke Turki dari Arsenal.

Pemain yang pernah menjadi pembelian termahal The Gunners sebelum musim ini, telah terperangkap dalam limbo perpindahan sepanjang musim panas.


Dan kini, dia berada di ambang meninggalkan Stadium Emirates, yang mana ia telah menjadi matlamatnya sepanjang musim panas.

Ini menurut L'Equipe, yang melaporkan bahawa pemain antarabangsa Ivory Coast itu hampir meninggalkan Arsenal untuk Besiktas.

Laporan itu turut mendedahkan bahawa, walaupun Pepe pada mulanya menolak perpindahan ke Super Lig, namun dia akhirnya menerima tawaran daripada kelab Turki itu.

Pepe kini menjalani ujian kesihatannya di Paris sebelum melengkapkan perpindahannya itu, bermakna perjanjian itu sangat jelas dan hampir pasti untuk dimuktamadkan.

Pembelian Declan Rice musim ini menjadi Nicolas Pepe menjadi pemain kedua termahal Arsenal setakat ini.

Ini akan memberi kelegaan kepada Arsenal, yang telah berusaha untuk menyingkirkan pemain sayap itu sepanjang musim panas tetapi tidak berjaya, malah perebutan antara dua kelab Saudi juga tidak berjaya.

Kontrak Pepe hanya berbaki setahun sahaja lagi dalam perjanjiannya bersama Arsenal, memulakan hanya lima perlawanan Liga Perdana Inggeris dalam kempen terakhirnya di Emirates.

Dia baru-baru ini kembali menjalani latihan di Pusat Latihan Arsenal -  London Colney selepas terlepas siri jelajah pramusim The Gunners di Amerika Syarikat.

Bercakap minggu lalu, Arteta mengakui dia masih percaya Pepe akan mempunyai laluan keluar dari Arsenal walaupun jendela Liga Perdana telah ditutup.

"Kami masih mencari penyelesaian dan terdapat banyak komunikasi antara ejennya dan pemain serta kelab pada masa ini." katanya. 

"Tiada apa-apa untuk diumumkan buat masa ini."

Kini, ia segalanya nampak berjalan lancar dan kita hanya perlu melihat perkara ini untuk menjadi kenyataan dan diumumkan secara rasmi tidak lama lagi.

Nota: Jendela perpindahan Liga Turkey hanya akan ditutup pada 15 September 2023.

Post a Comment

Previous Post Next Post