“Matlamat saya jelas” – pemain muda idamkan kontrak profesional Arsenal.

Penjaga gol Arsenal, Alexei Rojas sebelum ini berada dalam keadaan dilema untuk memilih pasukan kebangsaan yang akan diwakilinya.

Ini kerana dia telah bermain di peringkat remaja bersama pasukan England, Colombia dan Rusia - dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun dia kini telah memutuskan masa depannya dimana dia telah memilih untuk bermain bagi negara Amerika Selatan, yang mana dia merupakan sebahagian daripada ahli pasukan kebangsaan B20 Colombia yang beraksi baru-baru ini.

Itulah sebabnya dia beberapa hari lalu menerima temu bual dari media Colombia dan disiarkan di saluran RCN, di mana dia telah bercakap mengenai apa yang berlaku kepadanya di Arsenal.

Alexei Rojas Fedorushchenko (jersi nombor 22) bersama skuad B20 Colombia.

Rojas mendedahkan bahawa dia dapat berlatih dengan barisan kejurulatihan pasukan utama The Gunners dan itu merupakan pengalaman cukup bermakna buatnya.

"Semasa rehat antarabangsa atau sehari selepas perlawanan ketika pemain pasukan utama sedang menjalani sesi pemulihan, selalunya ada peluang untuk berlatih dengan pasukan utama. 

"Saya pernah bersama Inaki Cana dan Terry Mason, pembantu penjaga gol," kata Rojas kepada RCN.

"Anda berlatih dengan mereka, terutamanya dengan penjaga gol, bersama Karl Hein, yang merupakan penjaga gol ketiga dalam skuad utama. 

"Jelas sekali dia memberi saya nasihat dan tahap mereka sangat bagus, untuk melihat di mana kami boleh meningkatkan lagi kualiti. 

"Semua pemain mesra dengan pemain muda, mereka banyak membantu kami. 

"Itu positif dan kami merasakan latihan yang amat berguna dengan mereka."

Pemain muda itu turut menjelaskan bahawa dia masih perlu memikat pengendali Arsenal, Mikel Arteta, walaupun mereka sudah mengadakan beberapa pertemuan di kemudahan kelab.

"Saya sentiasa belajar, saya sentiasa menerima perkara baharu. 

"Mereka sangat penting kepada saya dan mereka adalah pemain peringkat tertinggi, jadi saya boleh terus berkembang dalam kualiti saya. 

"Dengan Mikel Arteta, saya telah bercakap beberapa kali, saya telah bertanya khabar, tetapi tidak banyak.

"Walau bagaimanapun, ketika saya bercakap dengannya, saya menyedari bahawa dia mengetahui begitu banyak tentang bolasepak, dia mempunyai ilmu. 

"Ia tidak mengejutkan kerana pengalamannya sebagai pemain di Barcelona, Everton, Arsenal dan kerana dia bekerja dengan Guardiola."

Penjaga gol Arsenal, Alexei Rojas Fedorushchenko berusia 17 tahun telah menerima pingat gangsa untuk Kejohanan Amerika Selatan B20 bersama Colombia.

Rojas sebelum ini pernah berada di akademi Chelsea. 

Dia menyertai Arsenal pada 2022 dan kini telah bermain untuk barisan muda The Gunners, yang beraksi dalam pasukan Liga Belia UEFA musim ini.

Pada usia 18 tahun, dia mendakwa bahawa kontrak profesional dengan Arsenal sepatutnya dalam perjalanan, kerana dia telah berjaya menakluki ruangnya.

"Matlamat saya jelas sejak Julai, ketika kami memulakan kempen pra-musim. 

"Saya memenangi tempat permulaan B18, saya perlu mengekalkannya. 

"Saya mahu bermain dengan pasukan B21 selepas penjaga gol dipinjamkan. 

"Saya sudah bermain dalam Liga Juara-Juara Belia menentang PSV dan saya juga dalam perlawanan menentang Lens. 

"Saya perlu mengekalkan ini dan saya berharap untuk menandatangani kontrak saya sebagai seorang profesional dengan Arsenal, teruskan bersama pasukan kebangsaan Colombia."

Rojas layak mewakili England di peringkat antarabangsa, setelah dilahirkan di sana, Colombia, melalui bapanya dan Rusia di peringkat antarabangsa melalui ibunya.

Post a Comment

Previous Post Next Post