Masa depan Thomas Partey.

Pengurus telah meminta kelab untuk membuat tawaran bagi mendapatkan pemain Arsenal dalam beberapa minggu akan datang.

Minat Galatasaray terhadap pemain tengah Arsenal, Thomas Partey nampaknya semakin meningkat dari hari ke hari, dengan tindakan yang agak besar nampaknya telah dilakukan di belakang tabir.

Kemas kini terbaru mengenai perpindahan ini datangnya daripada media Turki, Takvim, yang mendakwa bahawa pihak Cimbom seharusnya bertindak pantas dan berusaha untuk menandatanganinya dengan segera.

Pemain Arsenal itu dikatakan sangat dikehendaki oleh pengendali Galatasaray, Okan Buruk, dan jurulatih itu telah meminta kelab tersebut ‘membuat tawaran’ untuk mendapatkanya dalam beberapa minggu akan datang.

Pihak pengurusan dikatakan sedang menilai keadaan situasi pemain The Gunners itu buat masa ini, sebelum mereka memutuskan untuk membuat tawaran pinjaman untuknya.

Perkara yang melucukan ialah perpindahan ini ada kaitan dengan situasi pemain tengah Tottenham Hotspur, Tanguy Ndombele, yang mengalami musim buruk di Galatasaray, memaksa kelab itu mengejar pemain lain untuk bahagian tengah mereka.

Tanguy Ndombele, merupakan pemain Tottenham yang menyertai Galatasaray secara pinjaman pada 4 September 2023 dengan pilihan membeli sebanyak €15 juta.

Berbalik kepada Partey, pemain The Gunners ini hampir dilupakan di Stadium Emirates musim ini, kerana dia hanya membuat lima penampilan dan tidak bermain untuk kelab sejak awal Oktober.

Jadi sukar untuk membayangkan bahawa Mikel Arteta dan The Gunners akan meletakkan banyak halangan dalam rundingan, melainkan keutamaan mereka adalah untuk mendesak perpindahan tetap seawal Januari. 

Adakah ini bermakna masa depan Thomas Partey bakal berakhir bersama Arsenal tidak lama lagi?

Post a Comment

Previous Post Next Post