Kelab menghantar peninjau untuk melihat pemain Arsenal beraksi dengan langkah perpindahan semakin meningkat.
Pencari bakat atau peninjau Juventus dilaporkan telah pergi ke Wales semalam untuk menyaksikan perlawanan di antara Swansea menentang Morecombe dalam pusingan ketiga Piala FA dan memantau Charlie Patino dari Arsenal.
Itu menurut Tutto Juve, yang mengatakan peninjau Juventus akan hadir di Stadium Liberty untuk menilai pemain tengah muda berbakat itu.
Sepanjang bulan lalu, kita menyaksikan banyak laporan secara mengejut telah mengaitkan Juventus dengan perpindahan Patino.
Ia berikutan pasukan Itali itu kini sedang memburu pemain tengah baharu selepas kehilangan Paul Pogba dan Nicolo Fagioli akibat penggantungan jangka panjang.
Patino, 20 tahun, kini dipinjamkan ke kelab Kejuaraan (Championship), Swansea dan itu merupakan perpindahan keduanya dari Emirates selepas menghabiskan musim lalu secara pinjaman bersama Blackpool.
Setakat ini, pemain muda berbakat Arsenal itu telah membuat penampilan sebanyak 47% daripada minit keseluruhan yang tersedia dalam Kejuaraan dan telah menjaringkan tiga gol serta menghasilkan empat bantuan dalam 20 perlawanan.
Charlie Patino yakin beliau mampu mengembangkan bakatnya dibawah kendalian Michael Duff (pengurus Swansea). |
Itu seolah-olah menyaksikan masa depannya bakal berakhir bersama Juventus, dengan ia mula-mula mendakwa pasukan Old Lady mahu menawarkan Moise Kean dalam perjanjian pertukaran untuk membawanya keluar dari Arsenal.
Kemudian diikuti dengan dakwaan bahawa Arsenal mahukan €30 juta untuk pemain muda itu tetapi boleh dirunding untuk membuat perjanjian pertukaran berpotensi yang akan menurunkan harga perpindahan.
Bagaimanapun perkara tersebut tidak berkembang dengan baik selepas itu, tetapi Tutto Juve kini melaporkan bahawa peninjau Juventus akan hadir untuk pertembungan Swansea dengan Morecambe dalam Piala FA awal pagi tadi untuk menyaksikan Patino beraksi.
Sama ada itu petunjuk mereka bersedia untuk membuat langkah mereka, atau sekurang-kurangnya mencadangkan sesuatu, masih belum dapat dilihat tetapi nampaknya idea itu adalah satu idea yang tegas, sekurang-kurangnya cukup untuk pihak Itali menghantar peninjau sehingga ke Wales.
Dan pada perlawanan menentang Morecombe yang berlangsung awal pagi tadi, Patino telah menjaringkan gol pembukaan untuk Swansea menewaskan lawan dengan keputusan 2-0.