Pengarah menegaskan Arsenal mahu menjual pemain dan dia mahu membelinya.
Mika Biereth menyertai Arsenal dan menandatangani kontrak profesional pertamanya pada 30 Julai 2021. Dia menjaringkan tiga gol dalam kemenangan 6–1 di tempat lawan ke atas Chelsea Bawah 23 tahun di Kingsmeadow dalam Liga Perdana 2 pada 19 September 2021, merekodkan hat-trick pertamanya untuk skuad Arsenal Bawah 23 tahun.
Dia bagaimanapun dipinjamkan ke SK Sturm Graz pada separuh kedua musim lalu, menjaringkan sembilan gol dan menghasilkan empat bantuan daripada 22 perlawanan yang dimainkannya.
Bulan lalu, Pengarah Sukan Sturm Graz, Andreas Schicker bercakap mengenai keinginan pasukannya untuk membawa pemain berusia 21 tahun itu kembali ke kelab pada jendela musim panas. Beliau juga menegaskan bahawa dia sedang berbincang dengan Arsenal mengenai perkara itu.
Dakwaan terbaru dari UK telah menyatakan juara Austria itu merancang untuk menandatangani penyerang itu dengan perjanjian pinjaman baharu namun dinafikan oleh media Austria, Kronen Zeitung.
Pemain antarabangsa Denmark B21 itu memulakan latihan bersama Arsenal B21 pada hari Isnin lalu dan disebalik itu, pengarah Sturm Graz terlibat dalam rundingan dengan The Gunners untuk menandatanganinya.
Biereth mempunyai baki setahun lagi dalam kontraknya bersama Arsenal, dan Schicker mendakwa mereka (The Gunners) tidak bersedia untuk menghantarnya keluar dengan perjanjian pinjaman pada musim panas ini.
Pihak Arsenal dilaporkan cenderung untuk menjualnya berbanding pinjaman.
“Mika berada di tahun terakhir kontraknya dan kelab mahu menjualnya,” katanya.
Pemain itu boleh melihat dirinya kembali ke Sturm Graz, dan mereka sedang berusaha untuk bersetuju dengan perjanjian bersama The Gunners untuk membelinya.
“Sekarang kami perlu mencari penyelesaian dengan Arsenal,” jelas Schicker.
Biereth pada mulanya menyertai akademi Arsenal pada 2021 dan masih belum membuat penampilan untuk pasukan utama The Gunners.
Dilahirkan di England, Biereth berketurunan Denmark melalui bapanya, walaupun jurulatih Denmark itu tersilap mengaitkan perkara ini dengan ibunya.
Beliau mewakili Denmark di peringkat bawah 19 tahun dan kali pertama dipanggil oleh Denmark U19 pada September 2021, membuat penampilan sulung untuk pasukan itu dalam kemenangan 2–0 di tempat lawan ke atas Ireland Utara U19 pada 6 Oktober 2021.
Biereth pertama kali dipanggil oleh Denmark U21 pada Mac 2023, namun masih belum membuat sebarang penampilan.
Dia telah digambarkan sebagai pemain yang mantap, memiliki set kemahiran yang menyeluruh dan kebolehan menjaringkan gol. Gaya permainannya, terutamanya keagresifan dan sumbangan pertahanannya telah disamakan dengan Jamie Vardy.
Seperti Vardy, dia paling selesa sebagai "nombor 9" klasik, atau di bahagian sayap. Semasa berada di akademi Hale End Arsenal, dia mengembangkan corak dan skill permainan asas dan taktikalnya