1939 : MISTERI PEMBUNUHAN DI STADIUM HIGHBURY

SUATU KEJADIAN MISTERI PEMBUNUHAN DI STADIUM HIGHBURY, SIAPAKAH YANG TERBUNUH ? ADAKAH PEMAIN ATAU PENGURUS PASUKAN?

main hall and corridor leading to the inside Highbury's East Stand : image Arsenal Photograph
Stadium yang pernah menjadi saksi kepada kehebatan Arsenal pada era kegemilangan kelab ini terletak di Utara London, mula dibina pada 9 September 1913



Dengan hampir 93 tahun stadium ini menjadi kebanggaan peminat dan penyokong Arsenal, akhirnya ianya ditutup setelah Arsenal menerima (menyiapkan) stadium baru iaitu Stadium Emirates pada tahun 2006.

Sepanjang tempoh tersebut (93 tahun) sudah pasti banyak kenangan dan cerita menarik termasuklah cerita yang kurang enak (sedih) yang menjadi kenangan kepada peminat, penyokong dan juga pihak pengurusan kelab.

Stadium yang diberi gelaran 'Home of Football' ini turut pernah mencipta sejarah apabila menjadi gelanggang bagi kejohanan tinju dunia yang menyaksikan lagenda tinju dunia, Muhammad Ali merangkul kejuaraan  tinju dunia - World Heavyweight pada tahun 1966 menumpaskan Henry Cooper.

Selain daripada cerita diatas, ada beberapa kisah misteri yang terjadi di stadium ini dan kami membawa anda kembali ke tahun 1939 di mana berlakunya sebuah kisah pembunuhan yang misteri terjadi di sini.

Sebenarnya apa yang berlaku bukanlah realiti, namun ianya merupakan sebahagian daripada  babak dalam filem 'The Arsenal Stadium Mystery'. 

Filem ini dihasilkan pada 1939 dan merupakan filem pertama di England berlatar belakangkan bolasepak. 

Diarahkan oleh Thorold Dickinson, filem  ini menjalani penggambaran di Denham Film Studios dan Stadium Highbury sendiri. 

Skrip ini ditulis oleh Dickinson, Donald Bull dan Alan Hyman yang diadaptasikan daripada novel tulisan Leonard Gribble

The Arsenal Stadium Mystery, berdurasi kira-kira 1 jam 24 minit ini bertemakan ataupun 'genre' misteri dan jenayah mula ditayangkan pada November 1939, diedarkan oleh General Film Distributors.

The Arsenal Stadium Mystery Poster : image google
Filem yang berlatar belakang perlawanan persabahatan Arsenal dan The Trojans. Selepas perlawanan itu, salah seorang pemain The Trojans telah mati akibat diracun. 



Beberapa individu termasuk pihak-pihak tertentu, rakan pasukan dan teman wanita mangsa disyaki terlibat dalam pembunuhan itu dan kejadian ini disiasat oleh Pegawai Penyiasat dari Scotland Yard, lakonan Leslie Banks.

Arsenal Stadium Mystery : Image Toronto Film Society
Menariknya mengenai filem ini, beberapa babak telah dibuat (dirakamkan) secara langsung ketika perlawanan diantara Arsenal menentang Brentford

Dan perlawanan tersebut (Arsenal menetang Brentford) berlangsung pada 6 Mei 1939 merupakan perlawanan terakhir Liga Inggeris sebelum liga dihentikan ekoran perang dunia kedua meletus.

Pada perlawanan itu juga pemain-pemain Brentford telah menggunakan jersi istimewa bagi suntingan filem ini. 

Perlawanan tersebut berkesudahan Arsenal menang 2-0 keatas Brentford dan beberapa pemain Arsenal seperti Cliff Bastin dan Eddie Hapgood serta pengurus pasukan, George Allison termasuklah beberapa staf kejurulatihan turut muncul didalam filem ini, namun hanya George Allison seorang sahaja yang diberikan dialog dalam filem ini.

Baca juga : Apa terjadi kepada Stadium Highbury.

Anda boleh saksikan filem ini dibawah. Selamat menonton!


Post a Comment

Previous Post Next Post