Dua hari lalu media Turki, Aksam melaporkan dimana Arsenal berminat untuk mendaptkan pemain tengah kelab Trabzonspor, Yusuf Yazici.

Yusuf Yazici. Kredit gambar: Daily Express
Dan kami juga melaporkan sebelum ini mengenai kehebatan beliau sehinggakan mendapat perhatian daripada TUJUH kelab elit Eropah dan kesemua mereka (kelab) ini telah pun menghantar wakil mereka untuk menilai pretasi pemain muda ini dan anda boleh baca pada pautan berikut (klik pautan jika ingin mengetahu kehebatan pemain ini): Tujuh 'scout' telah memantau perkembangan pemain muda Trabzonspor.

Pemain ini telah lama dikaitkan dengan Arsenal dan media UK - Express pada tahun lalu turut menyiarkan laporan dimana kelab Turki (Trabzonspor) sedia melepaskan pemain ini kepada Arsenal dengan nilai sebanyak £17.5 juta.

Namun seteru utama Arsenal, Tottenham Hotspur turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain muda ini setelah laporan media mengatakan bahawa scout mereka lama memerhatikan perkembangan pemain itu bermula daripada awal musim lagi (2017/18).
Tottenham scouts have been following Yazici’s performances since the beginning of the season, and they’ve been impressed with what they’ve seen from the midfielder. - Sporx.
Pun begitu, media Turki, Aksam dua hari lalu mengatakan dimana Arsene Wenger telah menyaksikan persembahan Yazici melalui televisyen ketika pemain tersebut menjaringkan gol dalam membantu Trabzonspor mengikat perlawanan ketika menentang Osmanlispor yang berkesudahan 3-3.

Tidak dapat dipastikan bagaimana mereka (Aksam) dapat mengetahui bahawa Wenger menonton perlawanan tersebut melalui televisyen. ( 😂 😂 😂 )

Mungkin penulis silap dalam menterjemahkan laporan mereka yang ditulis dalam bahasa Turki (menggunakan Google translate).

Berikut adalah tulisan asal pada laman mereka:

TRABZONLU Yusuf Yazıcı’nın menajerliğini üstlenen Mesut Özil’in menajeri Erkut Söğüt’ün, oyuncuyu Avrupa’ya pazarladığı bildirildi. İngiliz basını 17.5 milyon poundluk değer biçilen Yusuf için Söğüt’ün yardımcısı Adem Cebeci’den şu ilginç bilgiyi aktardı: Yusuf Yazıcı Avrupa’ya transfer olmak istiyor. Erkut bazı önemli kulüplerle görüşüyor ve Premier Lig’in de ilgisi var. Arsenal patronu Arsene Wenger de Yusuf’u televizyondan bizzat izledi. - Aksam 

Dan jika diterjemahkan (menggunakan Google translate), maka ianya berbunyi berikut :

TRABZON MANAGER Yusuf Yazici, who has undertaken the management of Masut Özil'ın manager Erkut Söğüt'nin, the player was reported to Europe to market. For Yusuf, the British press, worth 17.5 million pounds, Söğüt's deputy Adem Cebeci conveyed the following interesting information: Yusuf Yazıcı wants to transfer to Europe. Erkut talks to some important clubs and there is interest in Premier League. Arsenal boss Arsene Wenger personally watched Yusuf on television.

Mungkin terjemahan tersebut 'berterabur' namun pada perenggan terakhir, ianya jelas mengatakan bahawa Arsene Wenger sendiri (personally) menonton aksi Yusuf Yuzici melalui televisyen.  😂 😂 😂 

Atau mungkin pembaca MyGooners dapat membantu kami menterjemahkan laporan tersebut?

Erkut Söğüt dan Mesut Ozil. Kredit gambar: Goal.com
*Pemain ini, Yusuf Yuzici berada dibawah ejen yang sama dengan Mesut Ozil iaitu Erkut Söğüt.

Post a Comment

Previous Post Next Post