Falsafah bolasepak dan taktikal Unai Emery - Bahagian II : Kegemilangan Sevilla

Falsafah bolasepak dan taktikal Unai Emery - Bahagian II : Kejayaan di Sevilla. Kredit foto : Power Forward

Selepas dipecat daripada kelab Rusia (Spartak Moscow) hanya selepas lima bulan mengendalikan pasukan tersebut ekoran prestasi teruk yang dipamerkan; lebih-lebih lagi tewas kepada seteru utama pasukan itu (Dynamo Moscow 5-1 ditempat sendiri), beliau kembali ke Sepanyol dan menyertai Sevilla.




Emery yang disifatkan sebagai seorang pengurus yang paling teraturteliti dan boleh dilabelkan sebagai keterlaluan apabila memaksa pemain-pemain beliau menonton rakaman video perlawanan sebagai persediaan menghadapai sesebuah perlawanan.

Dan pendekatan yang diamalkan beliau itu jelas terbukti dan berjaya apabila musim kedua beliau bersama Sevilla, pasukan itu berjaya muncul Juara Liga Europa dan Emery turut berjaya membawa pasukan tersebut muncul selaku juara sebanyak tiga kali sepanjang karier beliau bersama kelab tersebut.

Sebagaimana dibincangkan sebelum ini mengenai formasi yang diterapkan beliau bersama Sevilla, Emery gemar menggunakan formasi asas iaitu 4-2-3-1.

Dan sebelum mengulas lanjut mengenai taktikal yang digunakan dan bagaimana Emery menggunakan bersama Sevilla, penulis membawa kita mengenal dahulu barisan pemain Sevilla pada musim kedua dibawah kendalian Emery yang mana ianya mampu muncul selaku juara Liga Europa.

Skuad Musim 2013/14
No.Skuad Posisi Warganegara
Penjaga Gol
13 Beto Portugal
1 Javi Varas Sepanyol
29 Sergio Rico Sepanyol
Pertahanan
14 Alberto Moreno Sepanyol
24 Cicinho Brazil
23 Coke Sepanyol
6 Daniel Carriço Portugal
5 Diogo Portugal
2 Federico Fazio Argentina
3 Fernando Navarro Sepanyol
30 Israel Puerto Sepanyol
26 Modesto Sepanyol
28 Moi Sepanyol
21 Nicolás Pareja Argentina
Tengah
27 Cotán Sepanyol
8 Sebastián Cristóforo Uruguay
12 Iborra Sepanyol
17 Jairo Sepanyol
32 Luismi Sepanyol
7 Marko Marin Jerman
22 Stéphane Mbia Cameroon
11 Ivan Rakitić Croatia
19 Reyes Sepanyol
15 Piotr Trochowski Jeman
Penyerang
9 Carlos Bacca Colombia
33 Carlos Fernández Sepanyol
16 Denis Cheryshev Russia
18 Kevin Gameiro France
34 Gonzalo Sepanyol
20 Vitolo Sepanyol

Melihatkan senarai penuh skuad utama Sevilla musim itu, secara jujurnya penulis mengakui hanya mengenal 3-4 pemain sahaja, terutamanya Reyes.

Musim itu juga (musim kedua bersama Sevilla) Emery menamatkan saingan liga (La Liga) ditangga Ke-5 manakala bagi saingan Eropah (Liga Europa), beliau berjaya membawa Sevilla muncul selaku juara kali ketiga dalam sejarah kejohanan tersebut.

*Sevilla muncul juara kali pertama pada tahun (musim) 2005/06 dan kali kedua muncul juara pada musim 2006/07.

Rekod saingan liga (La Liga) Sevilla musim 2013/14
Venue P M S K Gol / Bolos
Laman sendiri 19 11 4 4 40:21
Laman lawan 19 7 5 7 29:31
JUMLAH 38 18 9 11 69:52

Kedudukan akhir La Liga musim 2013/14
# Pasukan P M S K Gol / Bolos +/- Mata
1 Atlético Madrid 38 28 6 4 77:26 51 90
2 FC Barcelona 38 27 6 5 100:33 67 87
3 Real Madrid 38 27 6 5 104:38 66 87
4 Athletic Bilbao 38 20 10 8 66:39 27 70
5 Sevilla FC 38 18 9 11 69:52 17 63




Walaupun beliau sering kali kehilangan beberapa pemain ternama ketika beliau mengemudikan pasukan Sevilla namun beliau masih mampu memberi saingan baik di peringkat domestik mahupun di peringkat Eropah.

Bagaimana beliau lakukan?

Antara pemain ternama yang meninggalkan Sevilla ketika Emery mengendalikan pasukan itu (musim kedua bersama Sevilla : 2013/14) adalah seperti Álvaro Negredo, Jesús Navas dan Geoffrey Kondogbia dan musim itu juga menyaksikan Sevilla telah melepaskan (menjual) pemain dengan nilai (penjualan pemain) keseluruhannya diperolehi dianggarkan sekitar £81.88 juta.

Serta Sevilla hanya berbelanja sekitar £33.39 juta sahaja untuk membawa pemain baru menyertai mereka musim itu dengan Carlos Bacca merupakan pemain termahal dibeli mereka (£9 juta) selain mendapatkan Stéphane Mbia secara pinjaman daripada QPR.

Namun kehilangan beberapa pemain ternama itu tidak menghalang Emery untuk mencipta kejayaan bersama Sevilla.

Sepanjang Emery bersama Sevilla pada musim kedua itu (dan sepanjang karier beliau bersama Sevilla), beliau menggunakan dua pemain tengah bertahan (defensive midfielder) dalam hampir kesemua perlawanan yang dihadapi bagi saingan domestik dan Eropah.

Pemain-pemain yang menjadi pilihan Emery pada posisi defensive midfielder dalam formasi pasukan Sevilla pada saingan liga musim 2013/14.

Stéphane
Mbia
Vicente
Iborra
Daniel Carriço Sebastián
Cristóforo
*Ivan
Rakitic
La Liga 20 26 22 12 34
Liga Europa 8 12 8 7 16

*Rakitic turut pernah digunakan Emery pada posisi defensive midfielder dalam beberapa  siri perlawanan mengikut taktikal yang digunakan.



Taktikal yang diamalkan oleh Emery.

Melalui pembacaan dan rujukan pada berberapa laman yang dibuat oleh penulis (kerana kesuntukan masa dan kekurangan sumber untuk menilai sendiri), Emery menerapkan pressing dalam setiap perlawanan beliau dan kadang kala nya boleh dikatakan terlalu ataupun berlebihan melakukan pressing (over pressing).

Mengikut laporan analisis Outside of the Boot, mereka telah menjelaskan dimana feksibiliti yang hebat di bahagian tengah pasukan merupakan salah satu ciri kehebatan Emery dalam membentuk Sevilla.

Dan ini menjelaskan mengapa beliau lebih gemar menggunakan dua pemain defensive midfilder ataupun menggunakan double pivot.

Mereka juga menceritakan dimana lima faktor utama taktikal yang diserapkan Emery adalah:
  1. Defending when the ball is in the attacking third: Pressing the goal-keeper.
  2. Defending when the ball is in the midfield zone: Forming structures that help in quick transition.
  3. Defending against high defensive line and defending the ball in the defensive third: 4-4-2 and conceding the wings.
  4. Attack: Midfield organization.
  5. Winning the ball by pressing and quick counter attacks.
Berdasarkan analisis mereka, apa yang dapat dirumuskan adalah Emery sememangnya mementingkan peranan pemain tengah dalam menggerakkan keseluruhan pasukan beliau ketika beraksi selain faktor memberi tekanan (pressing) dan counter attack.


1. Melakukan tekanan kepada penjaga gol apabila berada dalam kedudukan attacking third.
Sevilla melakukan tekanan kepada penjaga gol apabila berada dikedudukan attacking third dengan memaksa penjaga gol lawan melakukan kesilapan (ketika bola berada pada penjaga gol lawan).

Dengan dua pemain sayap berada berhampiran penjaga gol lawan, memastikan tekanan kepada pertahanan tengah pihak lawan disamping memaksa wing back lawan ke bahagian sayap (tepi - jauh daripada penjaga gol).

Manakala penyerang Sevilla pula bersama attacking midfielder memberi tekanan pada bahagian tengah dan menguasai kedudukan tersebut.

Dan dua pemain deep midfielders Sevilla pula memerhatikan pergerakan mana-mana pemain lawan yang tidak di marking pada bahagian tengah dan sayap lawan.

Tindakan pemain-pemain Sevilla ini membentuk formasi 'H' dalam situasi tersebut dan mereka akan melancarkan serangan dengan ruang yang dimiliki seandainya berjaya memenangi bola.

2. Membentuk struktur formasi yang membantu mereka cepat bertukar (peralihan daripada bertahan kepada menyerang). 
Kedua-dua pemain yang berada dalam bulatan merah adalah pemain tengah bertahan (defensive midfileder) dalam formasi asas 4-2-3-1.

Mereka berada dikedudukan tersebut bagi memberi tekanan yang secukupnya kepada pihak lawan pada bahagian tengah serta tidak terlalu mendedahkan (membuka) ruang yang terlalu besar pada bahagian pertahanan kepada pihak lawan.

Dan pembentukan formasi ini adalah kesinambungan daripada formasi 'H' yang dibentuk ketika memberi tekanan kepada penjaga gol lawan.


3. Situasi ketika berdepan dengan lawan yang membentuk garis pertahanan tinggi dan bertahan pada defensive third dengan membentuk formasi 4-4-2 dan kepentingan pemain sayap.
Semasa mempertahankan kedudukan apabila berdepan dengan pasukan yang menggunakan garis pertahanan yang tinggi, Emery biasanya membentuk formasi 4-4-2 pada kedudukan defensive third. 

Pemain attacking midfielder akan bergerak naik keatas untuk menjadi penyerang kedua membentuk gandingan bersama penyerang bagi memberi tekanan kepada pertahanan lawan.

Ketika ini mereka menggunakan gabungan zonal marking dan man marking dengan pemain tengah pihak lawan ataupun mana-mana pemain lawan yang berada dikawasan tengah akan di marking manakala pemain sayap lawan bakal di marking mengikut situasi ataupun kedudukan pergerakan (orientasi) bola.

4. Serangan - kepentingan bahagian tengah.
Aspek paling menarik yang ditunjukkan dalam taktikal Emery adalah pada tiga pemain tengah yang digunakan beliau. 

Dalam pasukan Sevilla pada musim 2014-15, Ever Banega biasanya bermula sebagai pemain tengah menyerang (attacking midfielder center) dengan Grzegorz Krychowiak dan Vincente Iborra beraksi ataupun berada pada posisi belakang beliau di kedudukan defensive midfielder.

Kedudukan Banega bersama Krychowiak dan Iborra.
Ketika perlawanan berlangsung, Banega akan turun ke bawah (posisi yang lebih dalam) untuk mengambil bola dan melakukan gerakan serangan.

Jurang ruang yang terhasil diantara  pihak lawan dengan pemain Sevilla akan diisi ataupun di 'cover' oleh Iborra. 

Dalam fasa ataupun kedudukan bertahan, Banega akan memberikan sokongan kepada penyerang dan akan melakukan tekanan (pressing).

Peranan beliau memberikan fluidity kepada jentera tengah ketika menyerang disamping memberi sokongan kepada bahagian pertahanan Sevilla dan beliau diibaratkan sebagai pemain box-to-box Sevilla sebagaimana peranan yang ditunjukkan Ivan Rakitic pada musim terakhir pemain itu bersama Sevilla.



5. Memenangi bola dengan menekan (pressing) dan melakukan serangan balas dengan cepat.
Ketika menghadapi pasukan yang hebat seperti Barcelona, teknik yang digunakan oleh Sevilla cukup menarik. 

Daripada bermain mengikut rentak pihak lawan, mereka telah melakukan perkara yang sukar dengan melaksanakan rancangan yang baik.

Di sini, Banega memaksa Busquets menghantar bola ke Iniesta dan Barcelona mempunyai lima pemain pada separuh sudut ataupun ruang dikawasan Sevilla, jumlah pemain yang sama dengan Sevilla. 

Barcelona mempunyai kehebatan dari segi kualiti dan memanfaatkan penggunaan ruang namun mereka gagal untuk menghidu perangkap yang dilakukan oleh pemain-pemain Emery.

Apabila bola dimainkan kepada Iniesta (aksi 1), pemain Sevilla menekan dan menutup ruang serta memotong pilihan yang ada buat Iniesta untuk melakukan hantaran (tindakan 2). 

Sebaik sahaja bola dimenangi, Carlos Bacca (Sevilla) dapat berlari di pertahanan lawan begitu juga dengan Vitolo yang akan memasukki pertahanan lawan.

Banega ketika itu menjadi bebas dan dengan ruang yang ada di hadapannya,beliau mampu memanfaatkan bola ketika pertahanan Barcelona menjadi lemah tanpa sokongan lain (vulnerable).

Sevilla bertahan dengan menekan dan melakukan struktur yang memudahkankan mereka untuk beralih daripada fasa bertahan kepada menyerang dengan cepat.

Dan mereka menyerang dengan melakukan serangan balas bermula dari kawasan mereka sendiri atau mematahkan serangan lawan untuk menyerang lawan pada bahagian attacking third mereka.

Contoh situasi over pressing yang dilakukan Sevilla:
Sevilla telah menggerakkan empat pemain untuk menekan dan dua pemain pada sudut lain yang berhampiran turut melakukan tekanan. Keadaan ini berlaku selepas mereka kehilangan bola setelah menyerang. Kredit foto dan info : Outside of the boot
Sevilla menggerahkan lima pemain untuk menekan, namun bola masih mampu melepasi diantara jurang kecil kepada Iniesta. Kredit foto dan info : Outside of the boot

Kehebatan Emery

Walaupun kehilangan pemain-pemain bintang dan ternama, namun beliau tetap mampu membina pasukan selain membentuk pemain-pemain baru.

Kehilangan Juan Mata (kini bersama Manchester United) dan Ivan Rakitic (Barcelona) mampu diisi dengan baik oleh Ever Banega, pemain yang pernah dibimbing Emery ketika di Valencia.

Selain itu, Emery turut mencipta beberapa pemain yang terkenal ketika ini seperti David Silva, Jordi Alba dan David Villa ketika beliau membimbing Valencia pada musim 2008 sehingga 2011/12.

Bersambung ke bahagian III ➧ Falsafah bolasepak dan taktikal Unai Emery - Bahagian III : PSG (dalam pembikinan)


Musim kedua (2013/14) bersama Sevilla, beliau telah kehilangan beberapa pemain ternama kelab tersebut ketika mula mengambil alih pasukan itu namun masih berupaya mencipta kejayaan diperingkat eropah (juara Liga Europa) dengan nilai kemasukan pemain berjumlah £33.39 juta sahaja.

Dan penjualan pemain pada musim kedua berjumlah £81.88 juta.

Musim ketiga (2014/15) pula, beliau turut kehilangan beberapa pemain ternama seperti Alberto Moreno (menyertai Liverpool), Ivan Rakitic (ke Barcelona) dan Federico Fazio (ke Tottenham Hotspur) dengan nilai keseluruhan penjualan pemain berjumlah hampir £45.50 juta.

Namun sekali lagi beliau berjaya mencipta kejayaan diperingkat Eropah (juara Liga Europa) dengan pemain-pemain yang ada serta kemasukan pemain baru yang berjumlah hampir £18.86 juta.

Grzegorz Krychowiak merupakan pemain termahal yang dibawa masuk musim kedua Emery bersama Sevilla dengan nila pembelian berjumlah £4.95 juta.

Dan musim keempat (2015/16) yang merupakan musim terakhir beliau bersama Sevilla, beliau telah melakukan pembelian terbesar (perbelanjaan terbesar bersama Sevilla) dengan membelanjakan hampir £40.50 juta untuk membawa pemain baru seperti Ciro Immobile dan Steven N'Zonzi.

Dan penjualan pemain pula berjumlah sekitar £52.34 juta dengan menyaksikan pemain-pemain seperti Carlos Bacca dan Aleix Vidal dilepaskan.

Baca : Bahagian III - Falsafah bolasepak dan taktikal Emery di PSG.


Sumber dan kredit gambar : Out side of the Boot

Post a Comment

Previous Post Next Post