Penjualan Stadium Wembley bukan satu pengkhianatan terhadap bolasepak Inggeris

Penjualan Stadium Wembley bukan satu pengkhianatan terhadap bolasepak Inggeris. Kredit foto :Sky News

Bulan lalu BBC melaporkan dimana Stadium Wembley akan dijual setelah menerima tawaran yang begitu lumayan daripada pemilik Fulham, Shahid Khan berjumlah sebanyak £ 800 juta.



Dan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bolasepak (FA) England, Martin Glenn yakin rancangannya untuk menjual Stadium Wembley bukanlah satu penganiayaan ataupun pengkhianatan terhadap bolasepak Inggeris, sebaliknya ianya bakal memberi peluang kepada bolasepak komuniti sebagaimana dilaporkan oleh BBC.

Namun pihak FA percaya, dengan penjualan stadium itu kepada Khan yang juga pemilik Fulham dan Jacksonville Jaguars, ianya akan membantu perkembangan bolasepak England diperingkat akar umbi apabila sebanyak £500 juta bakal dilaburkan untuk peringkat tersebut dalam tempoh tiga tahun pertama selepas penjualan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bolasepak (FA) England, Martin Glenn. Kredit foto : Telegraph
Ketika mesyuarat Majlis FA di Wembley semalam, Glenn bertegas mengenai usaha memaksimumkan potensi kewangan stadium berkenaan.

"Menerima tawaran untuk menjual Stadium Wembley bukan satu 'pengkhianatan'," katanya dalam ucapannya.

"Ia bukannya menjual jiwa bolasepak ataupun satu tindakan terdesak oleh satu pertubuhan yang terdesak. Kami tidak perlu menjualnya. Tidak perlu ada drama, bahasa emosi atau sebarang kekecewaan."

"Apa yang ada di hadapan kita adalah satu peluang untuk mendapatkan sejumlah pelaburan yang besar terhadap bolasepak komuniti."

"Ia adalah satu peluang untuk menjadikan FA satu pertubuhan yang lebih menguntungkan tahun demi tahun dan meningkatkan pelaburan."

Jika laporan sebelum ini mendedahkan bahawa Khan membuat tawaran berjumlah £800 juta, namun mengikut laporan terkini, Khan hanya membuat tawaran berjumlah £600 juta sahaja.

Shahid Khan, 67 tahun merupakan 'billionaire' Pakistan yang kini menetap di Amerika Syarikat. Kredit foto : Sky News
Dan tawaran tersebut tidak termasuk perniagaan Club FA Wembley yang bernilai £300 juta serta Glenn menegaskan hanya dengan menjual sahaja akan memberikan manfaat ketara kepada FA berbanding jika menyewakan stadium tersebut kepada Khan kerana pihak FA masih bertanggungjawab keatas kos pengurusan dan kos-kos berkaitan stadium itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post