Pertahanan Tengah Serie A, Mehdi Benatia dikatikan dengan Arsenal. Kredit foto :Morocco World News

Pertahanan Serie A tidak ambil peduli dengan rumor yang mengaitkan beliau ke Arsenal dengan tawaran €25 juta diyakini mampu dilakukan Arsenal.




Dengan Arsenal dilaporkan semakin hampir menandatangani pemain pertahanan tengah berpengalaman Borrusia Dortmund, Sokratis Papastathopoulos; adakah Arsenal benar-benar memerlukan seorang lagi pemain pertahanan tengah?

Menurut laporan Le360 dari Maghribi, ianya merupakan sesuatu yang mereka fikirkan adalah pasti dengan Mehdi Benatia dikatakan menjadi sasaran The Gunners.

Mehdi Benatia, 31 tahun merupakan pertahanan tengah Juventus kelahiran Maghribi menikmati musim yang sangat cemerlang bersama juara Serie A, kini sedang memberi tumpuan dalam persiapan Piala Dunia bersama pasukan kebangsaan Maghribi.

Selain media Le360 dari Maghribi, media UK (Mirror) dan  SportsMole, serta media Itali Calciomercato, turut mengatakan soal yang sama dengan mengaitkan pemain ini dengan perpindahan ke Arsenal.

Walaupun ketika ini, Benatia sibuk dalam persiapan bersama pasukan kebangsaan Maghribi yang mungkin menyebabkan beliau tidak memikirkan masa depan bersama kelabnya itu, namun apabila kejohanan Piala Dunia itu berakhir, situasi mungkin berubah.

Lebih-lebih lagi sebagaimana dijelaskan oleh Le360 jika Arsenal datang untuk membuat tawaran.

Menurut media itu, pihak Juventus sedia melepaskan Benatia dengan nilai sekitar  €25 juta (£22 juta). Pun begitu, Arsenal perlu menyakinkan pemain tersebut memandangkan musim depan Arsenal gagal beraksi didalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Dan ketika ini, Emery masih belum mengendalikan perlawanan bersama Arsenal dan sukar untuk menentukan pemain tambahan yang diperlukan selain daripada menerima nasihat Mislintat dan juga Sanllehi dalam pembentukan pasukan.

Kontrak Mehdi Benatia bersama Juventus bakal berakhir pada Jun tahun 2020.

Rekod penampilan musim 2017/18
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Minit Permainan
Serie A 20 / 38 2 - 1,754'
UEFA Champions League 8 / 10 - - 565'
Coppa Italia 3 / 5 2 - 262'
Supercoppa Italiana 1 / 1 - - 56'
Jumlah 32 / 54 4 - 2,637'

Post a Comment

Previous Post Next Post