Arsenal hadapi halangan dapatkan Miguel Layun, bergantung kepada Sevilla

Arsenal hadapi halangan dapatkan Miguel Layun. Kredit foto : The18

Arsenal berdepan halangan Sevilla untuk mendapatkan pertahanan Mexico yang dipinjamkan Porto ke Sevilla, Miguel Layun.



Laporan media Portugal, A Bola mengatakan selain Arsenal, AC Milan dan Marseille turut dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan yang berusia 29 tahun ini.

Namun perebutan kelab-kelab tersebut untuk mendapatkan Layun bagaimanapun banyak bergantung pada Sevilla.

Ini kerana pemain tersebut masih terikat bersama bersama Sevilla sehingga ke penghujung bulan ini (bulan Jun).

Dan dalam kontrak (pinjaman) itu, Sevilla masih mempunyai pilihan untuk mendapatkan (menandatangani secara tetap) Layun dengan nilai sebanyak €6 juta.

Dengan hanya tinggal kira-kira empat hari sahaja lagi untuk Sevilla mengaktifkan klausa pinjaman tersebut, masa depan pemain tersebut masih menjadi tanda tanya selepas berjaya mempamerkan aksi cemerlang pada kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia (setakat ini).

Sevilla, sebelum ini (menurut Mundo Deportivo) telah melepaskan peluang untuk menandatangani Layun pada nilai €4 juta jika mereka bersetuju menandatangani pemain tersebut sebelum memasuki bulan terakhir kontrak pinjaman (berakhir).

Jika Sevilla gagal, maka peluang untuk mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan Layun kembali cerah.

Namun kelab-kelab tersebut mungkin terpaksa membayar harga yang lebih tinggi kepada Porto berbanding dengan nilai yang perlu dibayar Sevilla kepada kelab Portugal itu. 

Pun begitu, laporan daripada media Sepanyol, Estadio Deportivo melaporkan dimana Sevilla kemungkinan mengaktifkan klausa kontrak pinjaman tersebut untuk menandatangani Layun dan kemudiannya menjual pemain tersebut kepada mana-mana kelab yang berminat.

Kini segalanya hanya bakal diketahui pada penghujung bulan ini ataupun pada 1 Julai nanti (jika Sevilla tidak mengaktifkan klausa kontrak pinjaman) mengenai masa depan Layun dan adakah Arsenal benar-benar mahu menandatangani pemain tersebut.

Kelebihan mendapatkan Migeul Layun

Walaupun beraksi pada posisi pertahanan kanan (posisi utama), namun Layun juga mampu beraksi pada pelbagai posisi dan jika Emery mencari seorang pemain 'backup' buat pasukan Arsenal, Miguel Layun merupakan seorang pemain yang amat berbaloi dan sesuai.
Posisi yang mampu dimainkan Layun.

Rekod penampilan musim 2017/18
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
LaLiga 16 2 -
Liga NOS 7 - -
Taça CTT 3 - -
Champions League 2 1 -
Copa del Rey 2 - -
Taça de Portugal Placard 2 1 -
JUMLAH 32 4 -

Posisi Beraksi
Posisi Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Right-Back 18 1 -
Left-Back 3 - -
Right Wing 2 - -
Left Midfield 2 1 -
Attacking Midfield 1 1 -
Right Midfield 3 1 -
Left Wing 2 - -
Defensive Midfield 1 - -
JUMLAH 32 4 -

Video


Post a Comment

Previous Post Next Post