Perkembangan Ever Banega : Sevilla risau kehilangan setelah Arsenal mula bertindak

Episod perpindahan Ever Banega yang dikaitkan dengan Arsenal memasuki fasa baru.

Banega merupakan antara pemain yang menjadi tonggak utama dalam pasukan Sevilla ketika Unai Emery mengendalikan pasukan itu pada musim 2013 sehingga 2016.

Dan bagaimana khidmat Banega ini digunakan Emery pernah diceriaikan pada artikel : Falsafah bolasepak dan taktikal Unai Emery - Bahagian II : Kegemilangan Sevilla yang dikeluarkan pada 28 Mei 2018.

Kronologi rumors perpindahan Banega sebagaimana kami melaporkan:

23 Jun 2018 : Laporan mula mengaitkan beliau dengan Arsenal apabila media Sepanyol, Estadio Deportivo melaporkan dimana Emery berminat untuk dapatkan bekas pemain beliau ketika bersama Sevilla.

Dan pada laporan yang diulas kami itu juga turut merangkumi pelbagai sumber dan ianya turut melaporkan mengenai rundingan yang bakal dijalankan oleh ejen pemain itu bersama Arsenal selepas Banega dikatakan telah meminta jaminan daripada Emery mengenai masa bermain (beraksi) beliau bersama Arsenal.

Ulasan tersebut juga memetik laporan daripada wartawan Itali yang mengatakan rundingan diantara pihak Banega bersama pihak Arsenal berjalan lancar.

Serta Banega dikatakan tidak gembira berada di Sevilla selepas Pengarah Bola Sepak kelab itu ditukarkan.

25 Jun 2018 (12.57 PM) : Laporan Estadio Deportivo sekali lagi melaporkan dimana perjumpaan diantara ejen pemain tersebut dengan pihak Arsenal adalah tidak benar.

Dan ini nyata bercanggah dengan apa yang dilaporkan oleh wartawan Itali pada posting sebelum ini (merujuk kepada posting diatas).

Namun laporan itu mengatakan bahawa Emery sendiri telah menghubungi Banega untuk memujuk beliau menyertai Arsenal.

Terkini ( 7.00 PM) : Sevilla dilaporkan bimbang mengenai potensi kehilangan Banega pada jendela perpindahan musim panas ini kepada Arsenal dan ini berdasarkan sumber Marca yang dikeluarkan hari ini.
Laporan Marca.
Menurut laporan Marca itu, kelab Sepanyol tersebut dikatakan risau mengenai potensi kehilangan Banega yang cenderung menyertai Arsenal pada musim panas ini.

Walaupun pemain tersebut memiliki kontrak bersama mereka sehingga tahun 2020, namun klausa pelepasan yang berjumlah € 20 juta, dimiliki pemain tersebut mungkin meresahkan Sevilla kerana tidak mampu menghalang daripada pemain tersebut menyertai Arsenal.

Sejauh mana kebenaran rumors perpindahan ini bakal terjawab setelah pemain tersebut menamatkan tugasan bersama skuad kebangsaan Argentina di Kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia.

Post a Comment

Previous Post Next Post