5 pemain 'home-grown' terbaik dalam sejarah Arsenal : No.4 - Ashley Cole

5 pemain 'home-grown' terbaik dalam sejarah Arsenal

No.4 - Ashley Cole

Sebelum beliau menyertai Chelsea pada tahun 2006, Cole telah menghabiskan tujuh tahun yang cemerlang bersama Arsenal.



Beliau mula menyertai Arsenal apabila diterima masuk ke akademi ketika berusia 18 tahun pada 30 November 1999.

Cole membuat debut Liga Perdananya pada usia 19 tahun iaitu pada tahun 2000 namun beliau pada musim tersebut masih gagal merebut tempat didalam kesebelasan utama Arsenal.

Sebelum berjaya menjadi salah seorang pemain utama Arsenal dan membuat berjaya membuat penampilan dalam kesebelasan utama, beliau dipinjamkan kepada Crystal Palace pada musim 1999-2000 (separuh musim).

Musim berikutnya (2000/2001), kecederaan yang dialami oleh Sylvinho, memberikan kesempatan dan peluang terbaik buat beliau untuk menyinar.

Dan bermula dari situ, beliau berjaya menjadi pemain utama Arsenal.

Cole telah membuat 228 penampilan sebagai kesebelasan utama Arsenal dan mempamerkan aksi yang sangat konsisten.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa beliau merupakan salah seorang pemain penting untuk melengkapkan taktikal Arsene Wenger bersama Arsenal ketika itu.

Namun perpindahan beliau menyertai Chelsea pada tahun 2006 merupakan trajedi yang pasti diingati oleh peminat  dan penyokong Arsenal.

Rekod Penampilan bersama kelab yang diwakili.
Kelab Musim Jumlah Penampilan Gol Bantuan Gol
Arsenal 1999 - 2006 225 9 17
Chelsea 2004-2014 338 7 38
AS Roma 2014-2016 16 - -
Los Angeles Galaxy 2016 - kini 80 2 7



Post a Comment

Previous Post Next Post