5 pemain 'home-grown' terbaik dalam sejarah Arsenal

5 pemain 'home-grown' terbaik dalam sejarah Arsenal. Kredit foto: Protec Soccer Schools Hertfordshire/London

Arsenal tidak pernah gagal menghasilkan pemain-pemain terbaik daripada sistem akademi dan boleh dikatakan sangat berjaya serta antara terbaik di Liga Perdana Inggeris.


Bermula dari zaman 70-an, 80-an, 90-an dan sehingga kini, Arsenal tidak pernah mengecewakan dalam melahirkan bakat-bakat muda yang berjaya mencipta nama.

Mungkin kita kehilangan Jack Wilshere pada musim ini, namun bakat-bakat muda seperti Reiss Nelson, Eddie Nketiah dan Ainsley Maitland-Niles antara pemain yang semakin meningkat dan mampu mencipta nama sebagaimana pemain-pemain berbakat yang pernah dilahirkan daripada sistem akademi Arsenal.

Namun Reiss Nelson bukanlah hasil produk 100% Akademi Arsenal, beliau sebelum menyertai Akademi Arsenal terlebih dahulu bersama Akademi Lewisham Borough pada tahun 2005.

Begitu juga dengan Eddie Nketiah, beliau sebelum bersama Akademi Arsenal, beliau telah menyertai Akademi Hillyfielders dan Chelsea.

Hanya Ainsley Maitland-Niles sahaja yang merupakan produk 100% hasil daripada Akademi Arsenal - Hale End Academy.

Pun begitu, pada aksi pra musim 2018 Arsenal di Singapura, Emile Smith Rowe berjaya mencuri perhatian dengan aksi cemerlang beliau ketika menentang Atletico Madrid.

Lebih manis, perlawanan tersebut menyaksikan Arsenal yang ketinggalan 1-0, akhirnya berjaya mengikat perlawanan untuk menamatkan 90 minit masa perlawanan dengan keputusan 1-1 dan gol penyamaan Arsenal itu dijaringkan oleh pemain berusia 17 tahun itu.

Namun Arsenal tewas melalui penentuan sepakan penalti 1-3 kepada Atletico Madrid.

Melihatkan prestasi beliau, tidak keterlaluan untuk mengharapkan beliau satu hari nanti mampu mencipta nama sebagaimana lagenda-lagenda Arsenal yang 100 % dihasilkan daripada Akademi Arsenal.

Dan kami senaraikan pilihan terbaik pemain 'home-grown' yang bermula di Akademi Arsenal sebelum mencipta nama dipentas dunia dan pemain-pemain ini adalah merupakan 100% produk yang dihasilkan (bermula) di Akademi Arsenal.

Berikut adalah lima pemain terbaik 'home-grown' Arsenal sepanjang masa.

No. 5 - David Rocastle
Kredit foto: Sky Sports
David Carlyle Rocastle merupakan seorang pemain bolasepak profesional yang dilahirkan daripada akademi Arsenal setelah beliau gagal mendapat tempat bersama akademi Millwall.

Pada Mei 1982, beliau menyertai akademi Arsenal dan menandatangani kontrak pertama (profesional) pada Disember 1984.

Tempoh bersama akademi : 1982-1985.

Beliau menghabiskan sebahagian besar kariernya bersama Arsenal dari tahun 1984 sehingga 1992 dengan beraksi bersama skuad utama Arsenal dan mendapat nama gelaran 'Rocky'. 

Rocastle kemudiannya dijual kepada Leeds United pada 23 Julai 1992 sebelum menyertai Manchester City pada 23 Disember dan Chelsea sebelum liga musim 1994-95 bermula.

Beliau menamatkan karier bolasepaknya di Malaysia dengan mewakili Sabah FA pada tahun 1998.

Sebelum itu beliau juga beraksi bersama Norwich City dan Hull City setelah dipinjamkan daripada Chelsea.

Arsene Wenger, yang menjadi pengurus Arsenal setelah empat tahun Rocastle meninggalkan kelab itu, menyifatkan beliau sebagai seorang pemain bolasepak moden.

Rocastle meninggal dunia pada usia 33 tahun (31 March 2001).

Sepanjang bersama Arsenal, Rocastle telah membuat lebih daripada 220 penampilan dengan 23 gol berjaya dijaringkan beliau.

Antara kejayaan yang dimenangi bersama Arsenal adalah:

  • First Division: 1988–89, 1990–91
  • Football League Cup: 1986–87
  • FA Charity Shield: 1991 
  • Football League Centenary Trophy: 1988
  • Zenith Data Systems Challenge Trophy: 1989



Rekod mewakili kelab.
Musim Tarikh Dari Ke
99/00 1 Disember 1999 Sabah FA Bersara
98/99 1 Julai 1998 Chelsea Sabah FA
97/98 1 Mei 1998 Hull City Chelsea FC
97/98 1 Oktober 1997 Chelsea Hull City
96/97 1 Mac 1997 Norwich Chelsea FC
96/97 1 Januari 1997 Chelsea Norwich City
94/95 1 Ogos 1994 Man City Chelsea FC
93/94 1 Disember 1993 Leeds Manchester City
92/93 1 Ogos 1992 Arsenal Leeds United
84/85 1 Disember 1984 Arsenal U18 Arsenal FC

Rekod Penampilan
Musim Kelab Penampilan Gol
1985–86 Arsenal 26 1
1986–87 36 2
1987–88 40 6
1988–89 38 6
1989–90 33 2
1990–91 18 2
1991–92 39 4
1992–93 Leeds United 18 1
1993–94 7 1
1993–94 Manchester City 21 2
1994–95 Chelsea 28 0
1995–96 1 0
1996–97 Norwich City 11 0
1997–98 Hull City 11 1
1998 Sabah -* -*
*Untuk rekod penampilan bersama Sabah, kami tidak menemui sebarang rekod jumlah penampilan yang dilakukan beliau.

Mungkin anda ada maklumat dan sudi berkongsi bersama kami.



Post a Comment

Previous Post Next Post