Pemain Home Grown Arsenal musim 2018/19.

Peraturan Home Grown Player telah diperkenalkan menjelang musim 2010-11 sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan dan memajukan lagi bakat-bakat muda dalam saingan Liga Perdana Inggeris serta bagi mengelakkan pembelian pemain asing demi mencapai kejayaan.

Tindakan tersebut dilihat sebagai usaha untuk menghasilkan bakat muda berkualiti baik untuk pemain Inggeris (England) mahupun pemain British yang lain.

Dan ianya dilihat sebagai langkah jangka panjang pihak England dalam menyediakan dan meningkatkan pemain-pemain mereka untuk saingan tertinggi bolasepak - Piala Dunia.

Apakah Home Grown Player?

Pemain 'home-grown' tidak semestinya pemain Inggeris. 

Mengikut Liga Perdana Inggeris, pemain 'home-grown' ini ditakrifkan sebagai seorang yang tanpa mengira kewarganegaraan atau umurnya, telah didaftarkan dengan mana-mana kelab yang bergabung dengan Persatuan Bola Sepak England atau Persatuan Bola Sepak Wales untuk tempoh secara berterusan atau tidak, atau telah bersama selama tiga musim, atau 36 bulan sebelum berusia 21 tahun (dimana dipenghujung musim itu pemain tersebut genap berusia 21 tahun).


Bagaimana jika pasukan/kelab tidak memiliki lapan pemain home-grown?

Pertama, peraturan home-grown ini hanya terpakai kepada pemain melebihi umur 21 tahun dan mereka haruslah memenuhi kriteria seperti diatas.

Setiap pasukan tidak boleh mendaftarkan melebihi 17 pemain asing, dan jika kelab tersebut tidak memilik lapan pemain home-grown (berusia 21 tahun keatas), mereka masih boleh mendaftarkan pemain, namun jumlah pemain akan berkurangan mengikut jumlah kuota pemain home-grown.

Serta mereka tidak boleh mendaftarkan seramai 25 pemain. Jika mereka hanya memiliki 4 pemain home-grown, maka jumlah maksimum yang boleh didaftarkan bagi saingan liga adalah 21 pemain ( 17 pemain asing + 4 pemain hoem-grown).

Senarai pemain utama Arsenal setakat ini bagi musim 2018/19:

Bil Pos. Pemain Status
1 GK Bernd Leno
2 GK Petr Čech
3 GK David Ospina
4 DF Nacho Monreal
5 DF Rob Holding Home Grown
6 DF Héctor Bellerín Home Grown
7 DF Shkodran Mustafi
8 DF Calum Chambers Home Grown
9 DF Stephan Lichtsteiner
10 DF Sokratis Papastathopoulos
11 DF Laurent Koscielny
12 DF Konstantinos Mavropanos
13 DF Sead Kolašinac
14 MF Mohamed Elneny
15 MF Henrikh Mkhitaryan
16 MF Aaron Ramsey Home Grown
17 MF Ainsley Maitland-Niles Home Grown
18 MF Mesut Özil
19 MF Lucas Torreira
20 MF Granit Xhaka
21 FW Alexandre Lacazette
22 FW Pierre-Emerick Aubameyang
23 FW Alex Iwobi Home Grown
24 FW Danny Welbeck Home Grown
25

Dengan hanya memiliki tujuh pemain home-grown, Arsenal hanya boleh mendaftarkan 24 pemain sahaja berbanding maksimum 25 pemain.

Dan ini memaksa pemain seperti Lucas Pérez dan Joel Campbell bakal dijual ataupun dipinjamkan (sebagai contoh) jika gagal mendapat tempat didalam senarai 25 pemain yang akan didaftarkan ke Liga Perdana Inggeris.

Post a Comment

Previous Post Next Post