Rundingan perpindahan Ospina dikatakan berjalan lancar.

Laporan Fanatik mengatakan ejen pemain kepada David Ospina kini berada di Istanbul untuk mengadakan perbincangan dengan Fenerbahce berhubung potensi perpindahan ke kelab Turki.

Selepas Colombia tersingkir daripada Kejohanan Piala Dunia, Fanatik melaporkan bahawa Fenerbahce telah meningkatkan usaha mereka untuk menandatangani penjaga gol Arsenal dan rundingan tersebut dikatakan sedang berjalan lancar. 

Akhbar Turki turut mendakwa bahawa pegawai Fenerbahce telah bertemu Ospina di Rusia minggu lepas.

Menurut Fanatik, Arsenal sedia melepaskan Ospina dengan harga yang lebih rendah daripada nilai sebenar pemain tersebut selepas berjaya menandatangani penjaga gol Bayern Levekusen, Bernd Leno.

Mereka juga mendakwa Fenerbahce kini mengetuai perlumbaan untuk menandatangani pemain Arsenal itu selepas Boca Juniors turut dikatakan berminat untuk mendapat Ospina dan perjanjian perpindahan Ospina ke Turki dijangka selesai dalam masa terdekat.

Kontrak Ospina bersama Arsenal bakal berakhir pada Jun 2019 dan dengan kemasukan Leno, Arsenal kini mempunyai lima penjaga gol ketika ini dan dijangkakan salah seorang daripada penjaga gol ini bakal dilepaskan pada jendela perpindahan musim panas ini.

Fenerbahce dikatakan mahu mendapatkan Ospina sebagai persediaan bagi menggantikan penjaga gol utama mereka Volkan Demirel yang mungkin akan berpindah keluar daripada kelab Turki itu musim ini.

Senarai penjaga gol Fenerbahce ketika ini (20 Jun 2018):
  1. Volkan Demirel - 36 tahun, merupakan kapten Fenerbahce dan mula bersama Fenerbahce pada tahun 2002 dan dijangka meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini (2018).
  2. Carlos Kameni - 34 tahun, mula menyertai Fenerbahce pada tahun 2017. 
  3. Erten Ersu - 24 tahun, merupakan pemain yang dilahirkan daripada akademe Fenerbahce.
Berdasarkan senarai penjaga gol sedia ada Fenerbahce, dapat difahami mengapa mereka terdesak untuk mendapatkan seorang penjaga gol baru yang berpengalaman lebih-lebih lagi mereka bakal bersaing di Liga Juara-Juara musim depan setelah menamatkan saingan liga ditangga kedua musim lalu.

Dan pilihan untuk mendapatkan Ospina juga merupakan yang terbaik buat mereka memandangkan situasi penjaga gol kedua Arsenal yang bakal menamatkan kontrak di penghujung musim depan serta peluang untuk pemain tersebut beraksi turut terhad ekoran kemasukan Leno.

Post a Comment

Previous Post Next Post