Adakah kejutan buat peminat dan penyokong Arsenal?

Andre Gomes dilaporkan tidak akan menyertai skuad Barcelona ke Amerika Syarikat dalam siri jelajah pra musim 2018/19 mereka.

Dan ini memberi bayangan bahawa kemungkinan pemain tersebut bakal dilepaskan oleh Barcelona serta rumors ketika ini kuat mengaitkan perpindahan beliau ke Arsenal.

Beliau sebelum itu dilaporkan telah melaporkan diri dan menjalani latihan pra musim bersama 14 pemain lain di kem latihan Barcelona.

Bagaimana pun menurut laporan Sport, mereka mendedahkan bahawa pemain 24 tahun itu tidak disenaraikan Barcelona dalam menghadapi jelajah pra musim bagi persiapan skuad Catalan itu untuk menghadapi kempen 2018/19 di Amerika Syarikat.

Awal bulan lalu, pemain ini kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal apabila laporan mengatakan Arsenal berminat untuk mendapatkan Gomes serta sanggup mengorbankan salah seorang peman sedia ada Arsenal bagi menampung perbelanjaan perpindahan pemain itu.

Arsenal berminat dapatkan pemain Barcelona.

Barcelona dilaporkan sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik dengan semua pihak dan rundingan telah dipertingkatkan dalam beberapa hari yang lalu.

Dan laporan itu juga menyebut dua kelab iaitu Juventus dan Arsenal mempunyai peluang untuk menandatangani pemain tersebut.

Arsenal sedia korban pemain bagi mendapatkan Gomes.

Barcelona dikatakan sedia melepaskan pemain tengah itu dengan bayaran perpindahan sebanyak €20 juta namun kedua-dua kelab tersebut (Juventus dan Arsenal) dikatakan tidak sanggup membayar begitu banyak dan senario yang paling mungkin buat Barcelona berkompromi adalah sekitar €18 juta (£ 15.9 juta).

Barcelona juga dilaporkan menuntut sebahagian jumlah (percentage) daripada bayaran pemindahan, jika Gomes dijual oleh kelab barunya pada masa akan datang.

Manakala semalam, Unai Emery menegaskan bahawa Arsenal hanya akan membuat pembelian tambahan jika terdapat mana-mana pemain yang mampu membantu menguatkan pasukan dan  tidak akan melepaskan seorang pemain yang mempunyai peluang besar untuk The Gunners.

Adakah benar Emery mahu mendapatkan Andre Gomes? Ataupun Steven Nzonzi? Dan adakah Arsenal bakal melakukan pengorbanan dengan melepaskan Ramsey?

Post a Comment

Previous Post Next Post