Ozil 'assists' Wilshere ke Turki? Kredit foto : Metro |
Mesut Ozil secara peribadi menasihati Jack Wilshere untuk menyertai Fenerbahce selepas meninggalkan Arsenal, menurut laporan di Turki.
Wilshere menjadi pemain bebas bermula hari ini selepas gagal dalam mencapai persetujuan berhubung pembaharuan kontrak bersama Arsenal dan beliau telah dikaitkan dengan menyertai West Ham dan Everton.
Namun kelab Turki, Fenerbahce juga dikatakan berminat dengan pemain berusia 26 tahun itu dan laporan dari Turki mendakwa pemain tengah itu hampir pasti menandatangani kontrak bersama mereka.
Sporx mendakwa bahawa Wilshere telah bersetuju untuk kontrak empat tahun dengan Fenerbahce dan Ozil dikatakan telah memainkan peranan utama dalam membantu pemain tengah itu membuat keputusan.
Mesut Ozil, dilahirkan di Jerman namun ibu bapa beliau merupakan warga kelahiran Turki dilaporkan telah memberitahu Wilshere mengenai kelab Fenerbahce dan memberi penerangan mengenai negara Turki yang mana ianya adalah negara moden yang cantik.
Fenerbahce menduduki tempat kedua dibelakang Galatasaray dalam saingan Liga Turki (Super Lig) musim lalu dan bakal beraksi pada saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Ozil dikatakan memberi penjelasan dan penerangan mengenai Turki dan Fenerbahce. |
Sementara
itu, Arsenal berharap perjanjian £26 juta untuk menandatangani Lucas
Torreira dari Sampdoria mampu dimuktamadkan selepas kempen Piala Dunia
Uruguay berakhir nanti.
The Gunners telah menandatangani Stephan Lichtsteiner dengan perpindahan percuma dari Juventus sementara perjanjian untuk pertahanan tengah Borussia Dortmund, Sokratis Papastathopoulos pula dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.
The Gunners telah menandatangani Stephan Lichtsteiner dengan perpindahan percuma dari Juventus sementara perjanjian untuk pertahanan tengah Borussia Dortmund, Sokratis Papastathopoulos pula dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.