Petr Cech beri amaran kepada penjaga gol baru Arsenal, Bernd Leno

Petr Cech bagi amaran kepada penjaga gol baru Arsenal, Bernd Leno. Kredit foto : IBTimes UK

Petr Cech beri amaran kepada penjaga gol yang baru ditandatangani Arsenal, Bernd Leno bahawa beliau tidak akan melepaskan posisi sebagai penjaga gol No.1 dengan mudah.

Arsenal menandatangani penjaga gol terbaru selepas membayar Bayer Leverkusen sebanyak £19 juta untuk pemain berusia 26 tahun itu pada pertengahan Mei lalu.

Cech berpindah ke Arsenal dari Chelsea tiga tahun lalu dan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi oleh Napoli dan bekas jurulatihnya, Carlo Ancelotti awal musim panas ini, namun berminat untuk kekal di Utara London dan bekerja di bawah Emery.


Kemasukan Leno ini menyaksikan Cech sekali lagi bakal kehilangan tempat selaku pilihan utama sebagaimana beliau kehilangan tempat ketika bersama Chelsea dahulu.

Dan juga kemasukan Leno ini juga bakal menyaksikan Ospina kemungkinan akan dilepaskan pada musim panas ini.


"Kontrak saya dengan Arsenal masih mempunyai satu tahun lagi." kata Cech kepada wartawan di Republik Czech.

"Satu-satunya perkara yang saya persiapkan adalah pertarungan untuk merebut tempat No.1 sebagai penjaga gol."

"Napoli berminat tetapi masa depan saya di Arsenal. Saya tidak fikir untuk bertukar kelab ketika ini."

Keputusan Cech memutuskan untuk kekal dan berjuang merebut tempat di Arsenal bagaimanapun sedikit berbeza dengan David Ospina.

Penjaga gol kebangsaan Colombia itu dijangkakan akan lepaskan setelah dikaitkan dengan beberapa kelab dari Turki dan Mexico serta mungkin akan melengkapkan perpindahan selepas berakhirnya Kejohanan Piala Dunia nanti.

Mampukah Martinez 'mencuri' perhatian Emery ataupun beliau bakal dilepaskan?

Sementara Emiliano Martinez yang menghabiskan musim lalu dengan dipinjamkan ke Getafe, dilaporkan dijangkan kembali lebih awal sebelum latihan pra-musim bermula manakala Matt Macey juga masih kekal berada di dalam perancangan Unai Emery.

Post a Comment

Previous Post Next Post