Lucas Torreira dan Aaron Ramsey, adakah ianya berkaitan?

Apabila Unai Emery diumumkan sebagai pengendali baharu Arsenal pada Mei lalu, Aaron Ramsey telah memberikan respon bahawa beliau begitu teruja untuk kembali bersama Arsenal (berlatih dan beraksi).


Beliau berkata : "Saya masih belum bercakap dengan beliau lagi tapi saya fikir ianya merupakan sesuatu yang menarik untuk kelab dan saya tidak sabar untuk kembali ke kelab“.

Kontrak Ramsey bersama Arsenal bakal berakhir pada penghujung musim depan dan setakat ini rundingan pembaharuan kontrak dikatakan masih menemui jalan buntu.

Laporan Express pada dua lalu mendakwa bahawa Ramsey dijangkakan bakal menandatangani kontrak baru yang mana ianya turut bakal menerima kenaikan gaji dengan tempoh kontrak selama empat ke lima tahun.

Emery dikatakan mahu membina gandingan diantara Ramsey dan Granit Xhaka pada bahagian tengah dengan turut dikatakan mahu menggandingkan Ramsey bersama Lucas Torreira.

Torreira ketika ini bersama skuad kebangsaan Uruguay bagi menghadapi Kejohanan Piala Dunia di Rusia, namun Pengarah Sukan Sampdoria, Carlo Osti telah mengesahkan bahawa pemain berusia 22 tahun itu akan meninggalkan kelab tersebut.

Namun setakat ini urusan perpindahan Lucas Torreira ke Arsenal masih lagi belum dimuktamadkan sebagaimana laporan sebelum ini (baca disini).

Dengan situasi Ramsey yang masih belum membuat keputusan mengenai pembaharuan kontrak bersama Arsenal, adakah Ramsey berasa 'tidak selamat' dengan kehadiran Lucas Torreira?

Adakah dengan 'niat' Arsenal untuk mengambil Torreira bakal menyaksikan Ramsey mengangkat kaki dari Arsenal musim depan?

Sebagaimana yang kita semua ketahui, Arsenal masih mempunyai pemain-pemain lain pada bahagian tengah yang berkebolehan dan mereka ini beraksi pada peringkat tertinggi bersama skuad kebangsaan mereka seperti Xhaka bersama Switzerland dan Elneny bersama Mesir di Kejohanan Piala Dunia.

Dan Emery pula selaku Ketua Jurulatih Arsenal sudah pasti mempunyai tugasan berat dalam membentuk dan memperbaiki mutu permainan pemain-pemain ini bagi menyesuaikan dengan taktikal dan corak permainan yang bakal dilakukan beliau.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan pemain muda Arsenal, Ainsley Maitland-Niles turut mempunyai potensi besar dengan bakat dan kebolehan yang dimilikinya. 

Menjadi tugas Emery selaku Ketua Jurulatih yang telah membawa pasukan beliau (barisan kejurulatihan) untuk membentuk pemain-pemain muda dan senior dalam mengembangkan lagi bakat dan kebolehan sedia ada pemain-pemain ini.



Adakah kita akan kehilangan Ramsey dan menerima  Torreira?

Namun begitu, pada penilaian penulis, kemasukan Torreira ke Arsenal merupakan satu langkah jangka masa panjang Arsenal dalam menyediakan skuad yang mantap manakala mengekalkan Ramsey pula merupakan satu langkah yang mana ianya dapat membantu dalam memudahkan dan mengimbangi keperluan skuad ketika ini.

Peranan kedua - dua pemain juga berbeza dengan Ramsey lebih kepada center midfielder manakala Torreira pula lebih kepada defensive midfielder yang menjadi posisi utama mereka berdua.

Baca kisah peranan dan fungsi Aaron Ramsey disini.

Dan gandingan Ramsey bersama Torreira dengan dibantu Xhaka ataupun Elneny pasti mencetuskan kekuatan pada bahagian tengah yang selama ini dilihat menjadi satu kekurangan buat Asenal.

Kemasukan Torreira bakal menyaksikan masalah 'ball winner' pada bahagian tengah Arsenal dijangka dapat diselesaikan.

Pada pandangan penulis, Torreira memiliki corak dan kelebihan seperti Kante dan juga Cazorla.

Dan kemasukan beliau sudah tentu bakal memudahkan Ramsey untuk lebih bergerak bebas dan mungkin Emery mampu membentuk Ramsey selaku pemain 'box to box' yang lengkap.

Pun begitu keserasian dan persefahaman diantara Ramsey dan Torreira haruslah dibentuk terlebih dahulu.

Dengan Ramsey masih belum memutuskan mengenai masa depan beliau sama ada setuju untuk menandatangani kontrak baru (penyambungan), mungkin ianya bakal menyukarkan Emery.

Sudah pasti Arsenal tidak mahu membiarkan mana-mana pemain yang berada ditahun akhir kontrak mereka bersama kelab terus bersama pasukan dan juga sudah tentu kelab tidak mahu peristiwa Sanchez berulang kembali.

Pada pendapat penulis, Ramsey amat sesuai selaku pemain nombor 8 dan tidak mungkin rundingan kontrak beliau terganggu dengan kehadiran Torreira.

Manakala Torreira pula boleh dikatakan sesuai selaku pemain nombor 4.

Apa-apapun diharapkan masalah rundingan kontrak Ramsey mampu diselesaikan segera dan Arsenal mempunyai masa yang mencukupi dalam membentuk gandingan yang sesuai mengikut corak dan taktikal Emery dengan segera bagi menghadapi saingan musim depan.

Sekurang-kurangnya... Arsenal mampu kembali menjadi pasukan yang berada didalam kelompok 'TOP 4' Liga Perdana Inggeris.

#COYG  #WeAreTheArsenal


Post a Comment

Previous Post Next Post