Analisis Barisan Pertahanan Arsenal Musim 2017/18 - Fokus terhadap Mustafi.

Musim lalu (2017/18) Arsenal telah bermain sebanyak 20 perlawanan daripada 38 perlawanan liga dengan menggunakan formasi tiga pemain pertahanan.

Baki 18 perlawanan lagi Arsenal dibawah Arsene Wenger musim lalu menggunakan empat pemain pertahanan.

Dan keputusan dengan menggunakan kedua-dua formasi tersebut adalah seperti berikut:

Rekod Musim 2017/18 Tempat Sendiri Tempat Lawan JUMLAH
Menang Seri Kalah Menang Seri Kalah
3 pemain pertahanan 7 1 1 3 3 5 20
4 pemain pertahanan 8 1 1 1 1 6 18

Berdasarkan keputusan (diatas), Arsenal dengan tiga pemain pertahanan berjaya mencatatkan 50% keputusan menang begitu juga apabila menggunakan empat pemain pertahanan dimana Arsenal turut mencatatkan 50% kemenangan.

2017/18 Menang Seri Kalah JUMLAH % Menang % Kalah
3 pemain pertahanan 10 4 6 20 50% 30%
4 pemain pertahanan 9 2 7 18 50% 39%

Namun dari segi kekalahan, Arsenal dengan formasi empat pemain pertahanan jelas lebih teruk apabila mengalami tujuh kekalahan daripada 18 perlawanan yang diharungi (39% kekalahan).

Bermain ditempat lawan dengan formasi tiga pemain pertahanan, Arsenal berjaya mencatatkan tiga kemenangan daripada 11 perlawanan dan ini hanya memberikan 27.3 % kemenangan.

Dan dengan formasi empat pemain pertahanan, Arsenal mencatatkan 12.5 % kemenangan hasil daripada satu kemenangan yang direkodkan daripada lapan perlawanan.

Serta berdasarkan rekod musim lalu, Arsenal hanya berjaya memungut 82.5% mata keseluruhan ditempat sendiri apabila berjaya mencatat 15 kemenangan dan dua keputusan seri untuk mengumpul 47 mata daripada 57 mata keseluruhan (ditempat sendiri).

Bagi mata yang berjaya dipungut ketika beraksi dilaman lawan, Arsenal hanya mampu merekodkan 26.3% daripada jumlah mata keseluruhan yang ditawarkan beraksi ditempat lawan apabila mencatatkan empat kemenangan dan empat keputusan seri untuk mengumpul 15 mata daripada 57 mata keseluruhan ditempat lawan.

LAMAN SENDIRI LAMAN LAWAN
M S K J B +/- Mata M S K J B +/- Mata
15 2 2 54 20 +34 47 4 4 11 20 31 −11 15

Dari segi bolos, secara keseluruhananya, Arsenal musim lalu telah melepaskan 51 gol dengan 60.8% bolos ditempat lawan.
Lokasi P M S K J B Mata Purata
Setiap Perlawanan
Home 19 15 2 2 54 20 2.47
Away 19 4 4 11 20 31 0.84

Jelas musim lalu Arsenal banyak tercicir mata apabila beraksi ditempat lawan apabila hanya mencatatkan purata mata yang berjaya diraih adalah sebanyak 0.84 untuk setiap perlawanan diharungi.

Dari segi kemenangan mungkin tidak menjadi persoalan, namun apabila membicarakan mengenai kekalahan, sering kali kita akan menyalahkan barisan pertahanan dan juga penjaga gol.

Ini kerana jika tidak melepaskan gol, mana mungkin pasukan akan mengalami kekalahan pun begitu jika Arsenal gagal menjaringkan gol, sudah tentu barisan serangan pula yang akan dipersalahkan.

Itu adalah pembukaan buat topik mengenai barisan pertahanan Arsenal musim lalu. 😎

Berbalik kepada topik utama untuk membincangkan mengenai pertahanan Arsenal, penulis tertarik untuk membincangkan mengenai pertahanan tengah terutamanya terhadap Shkodran Mustafi.

Semalam kami membuat tampalan pada laman Facebook MyGooner dengan persoalan adakah Mustafi masih lagi relevant atau tidak bersama Arsenal. 


Maklum balas yang diterima  berdasarkan komen-komen dibuat pada tampalan tersebut, boleh dikatakan 50% setuju untuk mengekalkan Mustadi dan 50% lagi tidak setuju dan menyarankan untuk pemain tersebut dijual pada jendela perpindahan ini.

Dengan formasi tiga dan empat pemain pertahanan yang digunakan Arsenal musim lalu, pemain-pemain yang kerap diturunkan pada saingan liga (Liga Perdana Inggeris sahaja) adalah:
  1. Per Mertesacker - 6 penampilan.
  2. Laurent Koscielny - 25 penampilan.
  3. Shkodran Mustafi - 27 penampilan.
  4. Nacho Monreal - 19 penampilan.
  5. Calum Chambers - 9 penampilan.
  6. Rob Holding - 12 penampilan.
  7. Sead Kolašinac - 2 penampilan.
  8. Konstantinos Mavropanos -3 penampilan.
Dan anda dapat melihat rekod penampilan mereka pada artikel kami sebelum ini disini : Rekod Pertahanan Tengah Arsenal 2017/18.

Musim lalu, Arsenal mempunyai lapan pemain pilihan untuk diletakkan pada posisi pertahanan tengah baik ketika formasi menggunakan tiga pemain pertahanan ataupun empat pemain pertahanan.

Ketiadaan Per Mertesacker bagi musim baru - 2018/19 ekoran persaraan, posisi tersebut akan diisi oleh kemasukan pemain baru iaitu Sokratis Papastathopoulos dan ini akan mengekalkan Unai Emrey untuk (masih) mempunyai lapan pemain pilihan yang mampu digunakan pada posisi tersebut.

Mengenali Emery yang gemar menggunakan empat pemain pertahanan dalam formasi asas taktikal dan teknikal beliau sebelum ini, penulis menjangkakan perkara sama bakal digunakan beliau bersama Arsenal.

Emery terkenal dengan formasi asas 4-2-3-1 dan 4-3-3 ketika mengendalikan Sevilla dan PSG.


Daripada lapan pemain pertahanan yang tersedia buat Emery, boleh dikatakan hanya enam pemain sahaja yang sesuai untuk formasi Emery musim depan bersama Arsenal dengan menjangkakan bahawa Emery bakal menggunakan empat pemain pertahanan dalam formasi beliau.

Enam pemain tersebut adalah:
  1.  Sokratis
  2. Koscielny
  3. Mustafi
  4. Chambers
  5. Holding,
  6. Mavropanos.
Berdasarkan enam pemain tersebut, hanya tiga pemain yang boleh dikatakan terbukti dan mampu beraksi cemerlang dalam saingan liga (berdasarkan rekod musim lalu).

Tiga pemain tersebut adalah Sokratis, Koscielny dan Mustafi.

Namun kecederaan yang menimpa Koscielcy pada awal Mei lalu (achilles tendon rupture) menyaksikan Arsenal bakal kehilangan khidmat beliau sehingga ke penghujung tahun ini.

Beliau dijangka pulih pada Disember 2018 dan mungkin paling cepat untuk kembali beraksi adalah pada Januari tahun depan (2019).

Perkembangan Koscielny ini menyebab pilihan utama Emery hanya tinggal Sokratis dan Mustafi, walaupun beliau masih mempunyai pilihan lain seperti Chamber, Holding dan Mavropanos.

Penulis bukan bermaksud menidakkan kemampuan pemain-pemain muda seperti Chamber, Holding dan Mavropanos, mereka masih mempunyai peluang namun untuk meletakkan pilihan utama pada pertahan tengah, penulis merasakan gandingan Sokratis dan Mustafi lebih sesesuai dan mantap.

Dan penulis pernah membuat perbandingan dikalangan pemain pertahanan Arsenal musim lalu pada tampalan : Adakah Sokratis jawapan kepada masalah pertahanan Arsenal.

Dan rumusan pada artikel tersebut adalah seperti berikut (anda boleh membaca pautan diatas untuk lebih lanjut).

RUMUSAN
Walaupun Squawka memberikan mata yang tinggi kepada Sokratis secara keseluruhannya, namun data terperinci (merujuk kepada data WhoScored) menunjukkan jumlah clearance, blocks dan interception jelas menjadi milik Mustafi.
Sokratis vs Mustafi - defensive
Dan jika melihat sumbangan kepada jaringan gol, Mustafi mengatasi mana-mana pemain tersebut dengan menjaringkan tiga gol dan satu bantuan gol.
Sokratis vs Mustafi - offensive
Melihatkan kepada data-data tersebut gandingan Sokratis bersama Mustafi lebih sesuai bergandingan bersama musim depan.

Boleh dikatakan kedua-dua pemain tersebut mengimbangi kelemahan dan kelebihan yang terdapat diantara mereka berdua.

Dan tugas mereka berdua untuk mengemudi barisan pertahan tengah Arsenal dan barisan pertahanan secara keseluruhannya juga mungkin menjadi lebih mudah apabila Torreira turut sama beraksi.


Berdasarkan kepada statistik dan data-data tersebut, penulis merasakan Mustafi masih layak kekal beraksi bersama Arsenal dan kemasukan Sokratis bakal mengimbangi kekuatan dan kelemahan kedua-dua pemain tersebut.

Mungkin ada yang mempertikaikan mengenai defensive error yang dilakukan Mustafi, namun tahukah anda Petr Cech merupakan pemain Arsenal musim lalu yang merekodkan 'error leading to goal' paling banyak dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Berdasarkan rekod Premier League, berikut adalah senarai pemain Arsenal yang kerap melakukan kesilapan mengundang gol kepada pihak lawan:

Bil. Pemain Stat
1. Petr Cech 6
2. Granit Xhaka 3
3. Shkodran Mustafi 2
4. Héctor Bellerín 1
4. Laurent Koscielny 1
4. Per Mertesacker 1
4. Nacho Monreal 1

Apa komen anda?

Post a Comment

Previous Post Next Post