Reaksi 'mengejutkan' Alexandre Lacazette apabila terpaksa kembali ke Arsenal dan bertemu buat kali pertama dengan Emery.

Walaupun Piala Dunia masih lagi berlangsung dan baru sahaja memasuki peringkat suku akhir, namun kelab-kelab di seluruh Eropah mula menjalani latihan dipusat latihan  kelab masing-masing.



Dan mereka yang tidak terlibat dengan Kejohanan Piala Dunia dikehendaki melaporkan diri dan mula menjalani latihan bersama pasukan termasuklah pemain dan kelab Arsenal.

Buat pertama kalinya dalam tempoh dua dekad, Arsene Wenger bukanlah individu yang akan menyambut kedatangan para pemain Arsenal sekembalinya mereka daripada bercuti. 

Sebaliknya, kali ini merupakan Ketua Jurulatih baharu Arsenal, Unai Emery menyambut mereka dan memulakan latihan rasmi pertama bersama Arsenal semenjak dilantik pada penghujung Mei lalu.

Emery mula mengendalikan latihan bersama skuad Arsenal. Kredit foto : Arsenal
Walaupun Arsenal telah memulakan latihan, namun terdapat beberapa pemain Arsenal yang diberi kelonggaran dan cuti tambahan ekoran terlibat bersama skuad kebangsaan masing-masing di Kejohanan Piala Dunia di Rusia.

Mereka yang diberi kelonggaran dan cuti tambahan adalah seperti Granit Xhaka, Stephan Lichtsteiner, Danny Welbeck, Alex Iwobi, Mesut Ozil dan Nacho Monreal serta Mohamed Elneny.

Dan Alexandre Lacazette yang tidak terlibat bersama skuad kebangsaan Perancis telah melaporkan diri bersama Arsenal di London Colney minggu ini bagaimanapun menunjukkan reaksinya yang boleh diterjemahkan dalam dua sudut berbeza.

Melalui status beliau pada laman sosial Instagram, pertama ianya boleh dilihat pada sudut bergurau (kelihatan lucu) apabila menggunakan kapsyen " Apabila mereka memberitahu anda, cuti berakhir." dengan gambar yang disertakan beliau itu.

Namun pada sudut satu lagi, sebagai pemain profesional serta kehadiran pengendali baharu, status beliau itu mengundang persoalan mengenai tanggungjawab dan kesungguhan beliau untuk kembali berlatih dan bertemu dengan Emery buat kali pertama.

Lebih-lebih lagi beliau yang menyertai Arsenal dengan nilai perpindahan tertinggi sebelum dipotong oleh Aubameyang, dilihat gagal mempamerkan aksi cemerlang musim lalu.

Sudah tentu status beliau itu mencetuskan persoalan dikalangan peminat-peminat yang mahukan setiap pemain Arsenal menunjukkan sikap dan semangat tinggi untuk kembali menjalani latihan sebagaimana peminat dan penyokong juga tidak sabar untuk menyaksikan serta memberi sokongan kepada pasukan.

A post shared by Alex Lacazette (@lacazettealex) on

Ramsey pada laman sosial Instagram beliau.
A post shared by Aaron Ramsey (@aaronramsey) on

Namun begitu, Lacazette dilihat ceria menjalani latihan bersama rakan sepasukan Arsenal.


A post shared by Alex Lacazette (@lacazettealex) on

Post a Comment

Previous Post Next Post