Perkembangan penjualan Lucas Perez yang dikatakan bakal menyertai Fiorentina.

Arsenal dilaporkan telah bersetuju dengan Fiorentina mengenai perjanjian bernilai £7 juta untuk menjual Lucas Perez, menurut talkSPORT.

Pemain berusia 29 tahun itu menyertai Arsenal dua tahun lalu dari Deportivo La Coruna dalam perpindahan yang bernilai £17.1 juta.

Walau bagaimanapun, Perez gagal menyerlah dan sukar mendapat tempat bersama The Gunners semenjak penyertaan beliau itu dan menyebabkan pihak kelab memutuskan untuk meminjamkan beliau kepada  kelab asalnya, Deportivo musim lalu.

Rumors perpindahan yang mengaitkan Perez musim lalu (2017/18):
➠ 6 Ogos 2017, beliau pernah dikaitkan dengan AS Roma (baca disini).
➠ 8 Ogos 2017, beliau dikaitkan dengan Newcastle (baca disini).
➠ 18 Ogos 2017, Perez dipinjamkan ke Deportivo (baca disini)

Beliau sebelum ini pernah menyuarakan untuk meninggalkan Arsenal pada musim panas ini baik secara pinjaman mahupun secara kekal (perpindahan - jualan).

Pun begitu, kisah beliau terlalu banyak dilaporkan setelah gagal menyerlah bersama Deportivo yang mana beliau dikecam oleh penyokong kelab tersebut, dengan terdapat laporan bahawa beliau mahu kekal bersama Arsenal setelah Unai Emery mengambil alih tugas Arsene Wenger.

Sukar untuk mengetahui bagaimanakah perancangan Unai Emery terhadap Lucas Perez bersama Arsenal musim depan ketika ini.

Kontrak beliau bersama Arsenal bakal berakhir pada Jun 2020, dan persoalan mengenai masa depan beliau bersama Arsenal kembali mencetuskan tanda tanya setelah beliau tidak disenaraikan dalam skuad menentang Chelsea pagi tadi.

➠ 6 Julai 2018, Galatasaray mahukan Perez (baca disini).
➠ 21 Julai 2018, Perez mahu sertai Lazio (baca disini)

Namun dalam perkembangan terbaru, menurut talkSPORT, Arsenal dikatakan telah bersetuju dengan Fiorentina setelah kelab Itali itu membuat tawaran berjumlah £7 juta untuk mendapatkan Lucas Perez.

Arsenal flop Lucas Perez has approved a move to Fiorentina, according to Sky Italia.

Dan laporan mereka itu berdasarkan sumber dari Sky Italia.

Namun menurut laporan Sky Italia pula, Presiden kelab Frosinone Calcio, Maurizio Stirpe dilaporkan berminat untuk mendapatkan Lucas Perez bagi mengukuhkan skuad mereka setelah berjaya beraksi di Serie A musim depan (2018/19).

The Frosinone is serious and, after winning the series A, works to set up a rose that can reach the goal of salvation. President Stirpe dreams big, the goal is to get his hands on Lucas Pérez, a Spanish striker owned by Arsenal in the past in the sights of Lazio.
-- Sky Italia

Frosinone Calcio bakal beraksi dalam saingan Serie A buat kali kedua selepas kali terakhir beraksi pada musim 2015/16.
Jadi mana satu kelab Itali yang berminat untuk mendapatkan Perez? Jika sebelum ini Lazio dikatakan menjadi destinasi Perez, kini talkSPORT pula mengatakan Fiorentina dan Sky Italia pula mengatakan Frosinone Calcio.

Dan benarkan Arsenal sanggup melepaskan Perez dengan nilai sebanyak £7 juta sahaja?

Post a Comment

Previous Post Next Post