Arsene Wenger sahkan Thierry Henry mahu menguruskan Bordeaux

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan bahawa Thierry Henry berminat mengurus Bordeaux.



Bordeaux dilaporkan sedang mencari pengurus baru selepas Gus Poyet 'digantung' daripada menjalankan tugas beliau kerana mengkritik pihak pengurusan kelab tersebut ekoran penjualan Gaetan Laborde kepada Montpelier tanpa pengetahuannya.

Henry menjadi sasaran utama Bordeaux untuk menggantikan Poyet dan ia dikatakan bahawa bekas pemain dan lagenda Arsenal itu telah ditawarkan jawatan tersebut oleh pihak pengurusan kelab itu.

Bulan lalu, Henry mengumumkan bahawa beliau telah meninggalkan tugasan beliau bersama Sky Sport (meletak jawatan) demi memenuhi tuntutan karier beliau untuk menjadi pengendali / pengurus pasukan.

Beliau juga merupakan pembantu kepada Roberto Martinez ketika membantu Belgium menduduki tempat ketiga di Kejohanan Piala Dunia Rusia dan kini, beliau sudah bersedia melangkah menghadapi cabaran seterusnya dengan menjadi pengendali Bordeaux.

Dan perkara tersebut turut disahkan oleh bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger ketika membincangkan langkah Bordeaux untuk mendapatkan Henry.

Wenger sahkan bahawa Henry berminat untuk mengendalikan Bordeaux. 
"Ya, dia mahu melakukannya, dia bijak dan dia mempunyai kualiti," kata Wenger. 

"Persoalan utama yang selalu kita tanya adalah sama ada kita bersedia untuk mengorbankan hidup kita bagi profesion kejurulatihan."

Poyet dilaporkan bakal kehilangan tugasnya di Stade Nouveau selepas melabel pihak pengurusan Bordeaux sebagai tidak bermoral dan menghina beliau selepas mencatatkan kemenangan pada saingan Liga Europa ke atas Mariupol, 10 Ogos lalu.

Gus Poyet
Tindakan kelab tersebut yang menjual pemain tanpa pengetahuan dan kebenaran beliau menyebabkan pengendali kelahiran Uruguay itu berang.

"Apa yang berlaku dengan Gaëtan Laborde adalah satu kehinaan," kata Poyet.

"Saya meminta kelab untuk tidak menjualnya sehingga kami membawa pemain lain (pengganti).  Namun mereka tidak mendengar serta mengendahkan saya, mereka membiarkan Laborde pergi." 

"Kami tiba di hotel hari ini pada 11.45 pagi, Laborde tidak ada di sana. Kami memanggilnya, dia berada di Montpelier. "

Gaëtan Laborde, 24 tahun dijual oleh Bordeaux tanpa kebenaran dan pengetahuan Poyet.
"Tiada siapa yang memberitahu apa-apa kepada kami. Saya akan berbincang dengan ejen saya dan kemudian barulah membuat keputusan. "

Post a Comment

Previous Post Next Post