Arsenal kini dalam perbincangan dengan Barcelona untuk menandatangani pemain dengan perpindahan dijangka boleh dimuktamadkan minggu ini.

Dalam beberapa laporan yang dikeluarkan sebelum ini, khabar angin begitu kuat membincangan mengenai perpindahan Andre Gomes ke Arsenal.


Laporan mengaitkan Arsenal dengan mendakwa bahawa The Gunners dikatakan berminat untuk menandatangani pemain Barcelona, Gomes (24 tahun) mula diperkatakan pada awal bulan lalu dan kini ianya semakin kencang diperkatakan oleh media Sepanyol ketika ini.

Pada awal Julai, media Itali - Gianluca di Marzio (4 Julai) mendakwa Arsenal berminat untuk mendapatkan Gomes dan kemudiannya media Inggeris, The Independent (8 Julai) turut melaporkan bahawa Arsenal sedia berkorban untuk mendapatkan pemain tersebut.

Bermula awal minggu lalu, media Sepanyol mula hangat memperkatakan situasi yang melanda pemain tersebut dengan beberapa media negara itu melaporkan mengenai perpindahan Gomes ke Arsenal.

14 Julai, Sport melaporkan bahawa pemain tersebut tidak akan dibawa ke Amerika Syarikat bagi siri perlawanan pra musim Barcelona dan mendakwa bahawa pemain tersebut bakal dilepaskan oleh kelab itu.

Sehari selepas laporan Sport itu dikeluarkan, media itu sekali lagi mengeluarkan laporan mengenai perpindahan Gomes dan kali ini, media Catalan - Mundo Deportivo serta AS turut sama melaporkan perkembangan mengenai pemain Portugal itu (Andre Gomes).


Dan dua hari lalu, sumber daripada Perancis - Paris United mendedahkan bahawa Arsenal dan Barcelona telah pun mengadakan rundingan bagi membincangkan potensi perpindahan pemain itu.

Semalam, Sport sekali lagi mengeluarkan laporan dengan mengatakan bahawa Barcelona sedia melepaskan Gomes pada jendela perpindahan musim panas ini jika mereka menerima tawaran berjumlah  €20 juta termasuk bonus.

Mereka turut mendakwa bahawa kedua-dua kelab tersebut (Barca dan Arsenal) telah pun mengadakan perbincangan dengan mengatakan bahawa juara La Liga itu mengambil langkah menghubungi The Gunners setelah mendengar minat The Gunners untuk mendapatkan pemain tersebut.

Arsenal dilaporkan tidak mahu membanyar melebihi €20 juta untuk pemain tengah itu menurut Sport, sementara tawaran bekas kelab Gomes, Valencia untuk membuat pinjaman terhadap pemain tersebut telahpun ditolak Barcelona.

Objektif Barcelona adalah untuk memuktamadkan urusan perpindahan pemain tersebut pada minggu ini dengan cuba menjual pemain tersebut kepada Arsenal.

Dan mereka (Barcelona) mahu menyelesaikan isu ini dengan segera.

Berbeza dengan laporan yang dikeluarkan oleh media Inggeris beberapa hari yang lalu dimana mereka mengatakan bahawa Barcelona mahu menjualkan Gomes kepada Chelsea sebagai tawaran tambahan bagi mendapatkan Kante.
Dan laporan Mirror empat hari lalu mengatakan bahawa Gomes sedia memilih Tottenham Hotspur berbanding Arsenal.

Sekali lagi khabar angin ini hanya akan bertukar menjadi realiti seandainya rundinggan pembaharuan kontrak Aaron Ramsey menemui kegagalan

Ataupun ianya juga memberi bayangan kepada masa depan Ramsey bersama Arsenal, dengan pihak pengurusan menjual Ramsey dan menandatangani Gomes.

Namun, adakah ianya berbaloi? Perlu diingatkan bahawa kontrak Ramsey bakal berakhir pada penghujung musim depan (2018/19) dan Arsenal mampu kehilangan Ramsey secara percuma.

Post a Comment

Previous Post Next Post