Wakil Arsenal dilihat ketika perlawanan Porto menentang Galatasaray.

Isu Arsenal dan perpindahan percuma ketika ini sering kali diperkatakan baik dengan perpindahan keluar pemain (dilepaskan secara percuma) ataupun mendapatkan pemain secara percuma.



Terbaru, wakil kelab Arsenal dilaporkan dilihat berada di kelab FC Porto pada Liga Juara-Juara Eropah ketika kelab tersebut menentang Galatasaray.

Arsenal sebelum ini merupakan antara kelab yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain FC Porto, Hector Herrera.
  1. 28 Jun 2018 : Arsenal berminat dapatkan Hector Herrera.
  2. 3 Ogos 2018 : Fulham sertai Arsenal berminat dapatkan Hector Herrera.
Kontrak pemain tengah kelahiran Mexico itu bakal berakhir pada bulan Jun tahun depan dan selagi beliau belum menandatangani pembaharuan kontrak bersama kelab Portugal itu, khabar angin mengenai perpindahan beliau secara percuma akan terus diperkatakan dan dilaporkan.

Semakin lama khabar angin mengenai masa depan Herrera diperkatakan dan dilaporkan oleh media, semakin kuat dakwaan tersebut diceritakan bersama alasan-alasan yang mengukuhkan lagi khabar angin tersebut.

Pada pertengahan September, Corriere dello Sport mendakwa bahawa Arsenal bersama Barcelona dan Paris Saint-Germain dikatakan berminat untuk mendapatkan Herrera secara perpindahan percuma pada musim panas yang akan datang.

Petikan Corriere dello Spor pada 13 September 2018.
Begitu juga laporan daripada Mexico, El Sol yang mendakwa bahawa Herrera hampir pasti bakal menyarung jersi Arsenal pada musim hadapan dengan perpindahan percuma.

Laporan El Sol pada 26 September.

HERRERA WOULD BE CLOSE TO ARSENAL – Hector Herrera’s novel with Porto continues to offer chapters that comment on whether he will stay or not for the next campaign, for now the press in Portugal says that Arsenal would be interested in their services. The A Bola newspaper published a note in its pages stating that Herrera’s departure is imminent and his next destination would be meeting with the Gunners.

Namun hasil rujukan pada laman A Bola, laporan sebenar yang ditulis ataupun dilaporkan adalah bermaksud dimana Arsenal kembali mengaktifkan minat mereka untuk mendapatkan Herrera bagi menggantikan Aaron Ramsey yang menjadi sasaran AC Milan dan kemungkinan bakal kehilangan Ramsey secara percuma.

Herrera returned yesterday to be placed on the radar of a giant of Europe. According to the English newspaper The Sun, the Gunners reactivated the interest in the Mexican midfielder (they already had him on the list of purchases last June)

The player is seen by coach Unai Emery as a player with the right profile to succeed Aaron Ramsey, an international Welshman that Milan has been pursuing for some time. The British, still according to the same publication, will try to take Herrera in January.

Walaupun terdapat kekeliruan pada laporan sebelum ini, namun dalam perkembangan terkini, wakil daripada Arsenal dilaporkan dilihat berada pada perlawanan diantara Porto menentang Galatasaray dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung semalam, sebagaimana dilaporkan oleh A Bola.

Laporan A Bola pada 4 September 2018.
Perlawanan tersebut berkesudahan kemenangan berpihak kepada Porto dengan menewaskan Galatasaray 1-0.


Adakah Arsenal benar-benar ingin lepaskan Ramsey secara percuma dan cuba mendapatkan Herrera juga secara percuma?

Post a Comment

Previous Post Next Post