10 Pertahanan kiri terbaik dunia ketika ini.


Mungkin ramai yang tidak menyukai apabila MyGooners mengatakan bahawa Ashley Cole merupakan pemain pertahanan kiri terbaik yang pernah Arsenal miliki.



Namun itu adalah sekadar pendapat peribadi MyGooners semata-mata dan anda boleh mengatakan pemain lain yang anda rasakan lebih bagus daripada Cole yang pernah beraksi untuk The Gunners.

Pun begitu, artikel ini bukanlah untuk mengulas pemain terbaik Arsenal, sebaliknya adalah untuk membicarakan mengenai pemain pertahanan kiri terbaik dunia ketika ini.

Ini juga kerana kontrak pemain pertahanan kiri terbaik Arsenal ketika ini, Nacho Monreal bakal berakhir pada penghujung musim ini (Jun 2019). 

Berdasarkan rujukan ataupun sumber Four Four Two dan Sports Keeda, mereka telah menyenaraikan 10 pemain yang hampir sama dengan hanya terdapat seorang sahaja pemain yang membezakan kedua-dua senarai tersebut.

FFT lebih memilih pertahanan Tottenham, Danny Rose manakala Sport Keeda pula memilih pertahanan Liverpool, Andrew Robertson untuk berada dalam senarai 10 pemain pertahanan kiri terbaik dunia ketika ini.



# Pilihan Four Four Two Pilihan Sports Keeda
1. Marcelo Real Madrid Benjamin Mendy Manchester City
2. Jordi Alba Barcelona Marcelo Real Madrid
3. David Alaba Bayern Munich Alex Sandro Juventus
4. Alex Sandro Juventus David Alaba Bayern Munich
5. Filipe Luis Atletico Madrid Marcos Alonso Chelsea
6. Benjamin Mendy Manchester City Jordi Alba Barcelona
7. Marcos Alonso Chelsea Filipe Luis Atletico Madrid
8. Faouzi Ghaoulam Napoli Layvin Kurzawa PSG
9. Danny Rose Tottenham Faouzi Ghoulam Napoli
10. Layvin Kurzawa PSG Andrew Robertson Liverpool

Sebagaimana yang dikatakan tadi, anda (masing-masing) bebas untuk menamakan siapakah yang terbaik untuk berada didalam senarai masing-masing (pilihan masing-masing).

Namun daripada dua senarai tersebut, MyGooners tertarik kepada dua pemain iaitu, Layvin Kurzawa (PSG) dan Faouzi Ghaoulam (Napoli).

Bagi pemain pertahan PSG itu, ianya menarik perhatian MyGooners kerana beliau pernah beraksi dibawah kendalian Emery ketika pengendali The Gunners itu mengemudikan gergasi Perancis pada musim 2016/17 sehingga 2017/18.


Layvin Kurzawa, 26 tahun.
Layvin Kurzawa dilahirkan pada 4 September 1992 di Perancis, merupakan pemain pertahanan kiri yang bermain untuk kelab Ligue 1 ketika ini iatu Paris Saint-Germain (PSG) dan juga mewakili pasukan kebangsaan Perancis.



Beliau memulakan karier awalnya di Monaco pada tahun 2010 dan telah membuat 96 perlawanan rasmi untuk pasukan itu dengan menjaringkan lapan gol.

Pada tahun 2015, beliau berpindah ke Paris Saint-Germain dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar € 23 juta dan telah memenangi tiga kejuaraan (Juara Ligue 1Coupe de France dan Coupe de la Ligue) pada musim pertamanya bersama kelab tersebut.

Kurzawa membuat penampilan sulungnya untuk Perancis pada tahun 2014 dan beliau mampu beraksi pada pertahanan kiri, tengah kiri dan sayap kiri (kira belah kiri semua dia tapao lah).

Namun beliau musim ini masih belum membuat sebarang penampilan dalam mana-mana kejohanan setelah mengalami kecederaan di awal musim yang menyaksikan beliau terpaksa berehat panjang.

Musim Kecederaan Bermula Sehingga Jumlah hari Jumlah perlawanan
terlepas
18/19 Herniated Disc 10 Ogos 2018 7 November 2018 89 16
18/19 Back Injury 11 Julai 2018 30 Julai 2018 19 -

Dan beliau dijangka kembali beraksi pada tahun depan (2019) menurut laporan Goal.

Kontrak semasa beliau bersama PSG bakal berakhir pada Jun 2020 dan beliau ketika ini menerima gaji sebanyak €75,000 (kira-kira £66,300) seminggu (sumber: Total Sportek)

Nilai pasaran semasa Kurzawa dianggarkan sekitar £18 juta dan info grafik diatas menjelaskan nilai beliau ketika ini.

Manakala seorang lagi yang pemain pertahanan kiri yang berjaya menarik perhatian MyGooners adalah pertahanan kiri Napoli, Faouzi Ghoulam.

Faouzi Ghoulam, 27 tahun dilahirkan di Perancis namun memilih untuk mewakili skuad kebangsaan Algeria.
Beliau ketika ini dianggarkan bernilai £22.50 juta dalam pasaran semasa dan sepanjang karier bolasepaknya, beliau hanya mewakili dua pasukan/kelab sahaja setakat ini.

Bermula dengan akademi Saint Etienne (1999–2010dan skuad senior kelab Perancis itu (2010–2014), beliau akhirnya menyertai Napoli pada musim sejuk 2013/14 iaitu pada Januari 2014.

Beliau menjadi pemain utama dengan segera bersama Napoli di bawah kendalian Rafael Benitez dan berjaya membantu kelab tersebut menamatkan saingan di tempat ketiga di Serie A bagi musim 2013-14 serta memenangi Coppa Italia juga bagi musim tersebut.

Pos Kelab P M S K J B +/- Mata
1 Juventus (C) 38 33 3 2 80 23 +57 102
2 Roma 38 26 7 5 72 25 +47 85
3 Napoli 38 23 9 6 77 39 +38 78



Permulaan cemerlang pada musim pertama beliau di Itali bagaimana pun terjejas pada musim lalu (musim kelima bersama Napoli) apabila beliau mengalami kecederaan ligamen yang memaksa beliau berehat panjang.

Pada bulan November 2017, Ghoulam mengalami kecederaan ligamen 'anterior cruciate' ketika perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Manchester City.

Kecederaan beliau itu dijangka menyebabkan beliau dikecualikan untuk sekurang-kurangnya dua bulan, namun pada Januari 2018, beliau menjalani ujian perubatan dan mula menjalani latihan lebih awal daripada apa yang dijangkakan.

Pun begitu, nasib malang terus menghantui beliau apabila mengalami kecederaan buat kali kedua pada Februari 2018 dan pada Julai 2018 beliau menjalani pembedahan lutut bagi merawat kecederaan yang dialami beliau itu.
Musim Kecederaan Dari Sehingga Hari Perlawanan Terlepas
18/19 -  Napoli Knee Surgery 4 Julai 2018 10 Oktober 2018 98 10
17/18 - Napoli Fractured Kneecap 8 Februari 2018 11 Mei 2018 92 15
17/18- Napoli Cruciate Ligament Rupture 2 November 2017 8 Februari 2018 98 16
17/18- Napoli Fever 2 Oktober 2017 5 Oktober 2017 3 -
14/15- Napoli Forearm Fracture 8 Ogos 2014 22 September 2014 25 4
12/13- Saint Etienne Dead Leg 31 Januari 2013 7 Februari 2013 7 1



Seperti Kurzawa juga, beliau mampu beraksi pada pertahanan kiri, tengah kiri dan sayap kiri (kira belah kiri semua dia tapao lah).

Dan bagi musim ini beliau masih belum membuat sebarang penampilan namun berada dibangku simpanan sebanyak tiga kali (tiga perlawanan terkini Napoli) selepas sembuh daripada pembedahan yang dijalani beliau.
Nilai pasaran semasa sekitar £22.50 juta dan kedudukan beliau dalam pasaran ketika ini berdasarkan info grafik diatas.

Post a Comment

Previous Post Next Post