Man City dan Chelsea, pasukan biasa sebelum ini, Everton lebih kuat - Emery.

 

"Everton lebih kuat", Unai Emery anggap Manchester City dan Chelsea sebagai pasukan sederhana sebelum ini.


Pengendali Arsenal, Unai Emery dalam satu temubual yang disiarkan pada laman Marca telah berbicara panjang lebar mengenai perkara berkaitan Arsenal serta bolasepak Sepanyol dan England.

The Gunners kini berada dikedudukan kelima Liga Perdana Inggeris dan pengurus kelahiran Sepanyol itu telah melakukan permulaan yang baik sebagai pengganti Arsene Wenger

Pengambilan pemain baru, berjalan lancar dan menepati corak taktikal beliau serta prestasi semasa pasukan memberikan perkembangan positif walaupun masih terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan oleh bekas pengendali PSG ini di Emirates dalam mengembalikan semula kegemilangan kelab.



Namun Liga Perdana Inggeris telah banyak mengalami perubahan dan jauh berbeza terutamanya ketika era Arsenal berada dipuncak kegemilangan.

Pada ketika itu, Liga Perdana hanya didominasi oleh empat kuasa besar sebelum ianya menjadi enam kuasa besar dan setelah melebihi 20 tahun Liga Perdana diwujudkan, pasukan-pasukan dahulu yang dianggap 'kecil' kini semakin membesar bagaikan johan dan bertambah kuat.

Faktor kewangan jelas ketara memainkan peranan utama dan ianya mampu menghadirkan kejayaan segera, dan itu jelas menjadikan tugas Emery lebih sukar (sebagaimana Wenger dahulu).

Ini kerana, Arsenal bukanlah sebuah kelab yang memiliki 'kuasa' membeli yang begitu besar, bukan sebuah kelab yang mampu ataupun sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk seorang pemain.

Kecuali dalam kes pembelian Laca (baca disini) dan Auba (baca disini) yang mana ianya dianggap rekod pembelian paling mewah Arsenal sepanjang 20 tahun bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengendalikan The Gunners.

BACA JUGA: Peruntukan 'ciput' jendela perpindahan musim depan untuk Emery.

Dalam temubual bersama media Sepanyol itu, pengendali baharu Arsenal, Unai Emery telah ditanya mengenai status The Gunners yang kini berada selangkah dibawah empat pasukan teratas Manchester City, Chelsea, Liverpool dan Tottenham; pengendali kelahiran Sepanyol itu pantas menjelaskan mengenai perbezaan dengan mengambil contoh kelab Everton, yang mana mereka kini merupakan kelab yang lebih besar berbanding beberapa dekad yang lalu.

Beliau juga mengatakan bahawa 20 tahun lalu, City dan Chelsea hanya merupakan pasukan biasa-biasa sahaja dan berada di pertengahan manakala Everton ketika itu amat kuat.

Namun kuasa kewangan melalui pelaburan mengubah segala-galanya, dan beliau tidak mahu Arsenal terus tenggelam dengan 'kuasa segera' sebaliknya mahu terus mengembangkan kekuasaan yang pernah dimiliki dahulu.

Disamping itu beliau juga mahukan Arsenal mengatasi empat pasukan teratas dengan tidak mahu pasukan bawahan terus bermaharajalela membuli pasukan beliau (mungkin beliau merujuk kepada United 😅).

"We can improve this team. I want to be demanding with that. I am delighted about the club's treatment in everything, but I want them to demand me because I will press the club. I want to demand from me, the team and the club. The Premier is not that of 20 years ago, when City and Chelsea were half teams, and Everton was stronger. The outside capital has changed everything. And the Arsenal must be big, not let us take advantage of the four above [the United is not] and not let the bottom approach." - Emery via Marca.

*Terjemahan berdasarkan Google transale 😉

Pemilik Everton, Farhad Moshiri merupakan bekas pemegang saham Arsenal yang telah melepaskan pegangan beliau dengan menjual kepada Usmanov pada tahun 2016 untuk mengambil alih The Toffees.

Pun begitu, mereka masih berada jauh untuk sampai ke empat teratas (menyertai kuasa empat terkuat Liga Perdana Inggeris) mahupun bersaing dengan mereka telah membuat pelaburan awal.

Pengenalan peraturan Financial Fair Play (FFP) adalah satu perkara yang menghalang pemilik ataupun pelabur untuk terus mencampak wang bagi berbelanja mewah dalam mencapai kejayaan segera, namun kesukaran sekarang adalah cabaran kepada kelab-kelab dalam mengekalkan pemain utama dari segi pembayaran gaji dan nilai perpindahan pemain yang semakin mengarut.

Dan inilah cabaran yang harus ditempoh Emery dalam membina kejayaan dan kekuatan pasukan bukan berdasarkan wang pelaburan walaupun beliau mampu memberi tekanan kepada pihak pengurusan.


Post a Comment

Previous Post Next Post