Hasrat Arsenal dapatkan Junior tertangguh, kelab enggan lepaskan pemain pada Januari nanti

Arsenal memerlukan usaha yang lebih gigih menjelang perpindahan Januari ini jika berhasrat membawa bintang Real Betis, Junior Firpo.



Laporan terkini  mendedahkan dimana pihak Real Betis tidak berhasrat melepaskan pemain yang menjadi sasaran The Gunners pada jendela perpindahan kedua musim ini (musim sejuk) dan ini bakal memberi tekanan buat Arsenal jika mahukan pemain itu pada Januari nanti.

Sebelum ini, media Sepanyol telah melaporkan berita mengenai beberapa kelab Inggeris yang turut berminat  mendapatkan Junior Firpo seperti Crystal Palace, Manchester City dan Newcastle United pada pertengahan November lalu.

BACA : Manchester City dapat kelebihan pemain yang dikatakan pengganti Monreal.

Terbaru, media Inggeris  turut mengaitkan perpindahan pemain tersebut dengan Arsenal dan media Sepanyol, El Desmarque juga tidak ketinggalan untuk 'menghangatkan' dan men'sensasi'kan gossip perpindahan Firpo.

Laman web itu mendakwa pihak Betis bertekad untuk memastikan Firpo kekal berada bersama mereka untuk sekurang-kurangnya sehingga musim panas akan datang.
Lebih mengukuhkan dakwaan itu, pertahanan kiri Betis itu dilaporkan tidak berhasrat untuk meninggalkan La Liga, malahan telah menandatangani perjanjian baru yang mengandungi klausa pelepasan bernilai € 50 juta (kira-kira £ 44.56 juta).

Rekod penampilan setakat ini bagi musim 2018/19
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
LaLiga 13 3 1 1,142
Europa League 3 - 1 270
Copa del Rey - - - -
JUMLAH : 16 3 2 1,412

Bukan itu sahaja, selain mengekalkan Firpo, Betis juga merancang untuk mencari pemain 'backup' pada pertahanan kiri kerana ketika ini pemain sasaran The Gunners itu merupakan satu-satunya pemain yang mampu beraksi pada posisi tersebut diperingkat tertinggi.

BACA JUGA: Nacho Monreal bakal tinggalkan Arsenal dan pengganti beliau telah dikenal pasti.

Berdasarkan laporan tersebut, jelas sekali Arsenal dan juga kelab-kelab lain seperti Palace, City dan Newcastle terpaksa bekerja lebih kuat dan mungkin terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan Firpo, ibarat pepatah mengatakan "kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".

Pun begitu, mereka juga boleh menunggu sehingga musim panas akan datang untuk cuba mendapatkan Junior Firpo kerana jelas sekali Betis ketika ini tidak berhasrat melepaskan pertahanan kiri itu pada jendela perpindahan Januari nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post