Jualan Krismas ataupun hadiah harijadi buat Barcelona, Arsenal dan Suarez.

Denis Suarez, musim ini masih gagal membuat sebarang penampilan dalam aksi La Liga bersama Barcelona dan perkembangan ini membuatkan khabar angin bertiup kencang mencadangkan perpindahan beliau.


Dengan dua penampilan berjumlah 100 minit, beliau seharusnya memikirkan masa depan dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa beliau seharusnya berpindah daripada kelab Catalan itu bagi memastikan karier bolasepaknya terus berkembang.

Lebih-lebih lagi usia beliau bakal mencecah 25 tahun pada Januari nanti dan perkara tersebut merupakan sesuatu yang perlu dipertimbangan oleh bekas pemain Villarreal yang menyertai gergasi Sepanyol itu Julai 2016.

BACA : Denis Suarez diberi lampu hijau untuk berpindah.

Rekod penampilan musim ini (setakat ini).
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Minit Beraksi
LaLiga - - - -
UEFA Champions League 1 - - 10
Copa del Rey 1 - - 90
JUMLAH 2 - - 100

Situasi tersebut mungkin mengundang rasa tidak selesa buat pemain tersebut apabila semakin hari semakin kurang peluang untuk beraksi bersama kelab itu semenjak menyertainya untuk kali kedua.

Aksi La Liga Penampilan Jaringan
2016–17 26 1
2017–18 18 2
2018–19 - -

Walaupun musim ini masih gagal membuat sebarang penampilan dalam La Liga, namun beliau bernasib baik apabila dilaporkan berjaya menarik perhatian dan minat beberapa kelab gergasi Eropah yang mahu mendapatkan khidmat beliau, termasuklah The Gunners.

Penghujung bulan lalu (November), laporan Mundo Deportivo mengatakan bahawa pemain Sepanyol itu merupakan 'agenda utama' Unai Emery dengan The Gunners mula mengatur langkah untuk menandatanganinya pada jendela perpindahan Januari nanti yang dilihat begitu berpontensi.

Ini berikutan dakwaan bahawa pemain itu juga lebih suka dan memilih untuk berpindah ke Arsenal sebagaimana laporan AS.

Keinginan Arsenal untuk mendaptkan Suarez itu dikemukakan oleh wartawan Sepanyol beberapa minggu kemudian, apabila Hugo Scoccia diario di Girona mendakwa Arsenal, Marseille, Napoli, Roma dan Milan semuanya tertarik dengan pemain berusia 24 tahun itu.



Beliau juga menyatakan bahawa pemain tengah itu bakal menghabiskan 'Krismas terakhir' di Barcelona dengan ​​mencadangkan perpindahan Januari adalah lebih besar daripada kemungkinan.

Pada masa ini dikontrak pemain tersebut bakal berakhir pada Jun 2020 dan Suarez boleh ditandatangani sekiranya mana-mana kelab menebus  klausa pelepasan dalam kontraknya berjumlah € 50 juta (£ 44.57 juta)

Namun dengan kekurangan minit beraksi, jumlah itu dilihat begitu 'membebankan' dan tidak setimpal mahupun memadai menyebabkan nilai pelepasan tersebut begitu sukar dibuat oleh mana-mana kelab yang berhajat mendapatkan pemain tersebut.

Dan Barcelona kemungkinan sedia menerima tawaran jauh lebih rendah daripada nilai pelepasan sebagaimana terkandung dalam kontrak pemain itu namun perlu memikirkan bayaran berjumlah £ 2.9 juta yang dibayar mereka kepada Villarreal bagi mendapat Suarez dahulu untuk menjana keuntungan.

Seandainya Barcelona sedia menerima jumlah yang lebih rendah, maka mereka diibaratkan mengadakan jualan Krismas untuk pemain ini dan seandainya Suarez berpindah ke Arsenal, ianya diibaratkan hadian harijadi pemain tersebut yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran pada 6 Januari nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post