Situasi tegang di antara Barcelona dan Rabiot beri harapan kepada Juventus dan Liverpool.

Perpindahan Adrien Rabiot ke Barcelona diragui kerana ibunya yang merupakan ejen kepada pemain tersebut, Veronique  telah menuntut lebih banyak wang daripada Blaugrana, menurut Mundo Deportivo.



Gergasi La Liga itu dilaporkan berada di kedudukan terbaik untuk menandatangani bintang muda Perancis yang bakal menamatkan kontraknya bersama PSG pada Jun 2019. 

Barcelona kini hanya tinggal selangkah sahaja lagi dari menandatangani pemain berusia 23 tahun itu namun menghadapi halangan terakhir daripada ibu Rabiot.

Ibunya yang juga merupakan ejen beliau telah membuat permintaan lebih tinggi daripada persetujuan lisan sebelum ini menyebabkan pihak Barcelona tidak pasti mengenai usaha mereka untuk menandatangani bintang berbakat PSG itu.

Liverpool dan Juventus juga telah dikaitkan untuk menandatangani Rabiot, dan perkembangan perpindahan yang melanda Rabiot bersama Barcelona itu mungkin memberi harapan kepada kedua-dua kelab tersebut dalam usaha mencari dan memperkuatkan jentera tengah masing-masing pada musim depan.

Ibu Rabiot dikatakan lebih gembira untuk melihat anaknya itu kekal berada di Perancis bersama PSG dan permintaan 'melampau' ibunya itu terhadap Barcelona membuatkan situasi menjadi tegang dalam rundingan mereka.

Pasukan The Old Lady turut dilaporkan berminat menandatangani pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey, dimana seorang lagi pemain tengah yang bakal meninggalkan kelab secara percuma pada akhir musim ini.

BACA : Aaron Ramsey akan tandatangani pra-kontrak dengan kelab baru pada bulan Januari

Sementara itu, PSG dilaporkan tidak berpuas hati dengan cara Barcelona dan Rabiot melakukan rundingan dimana mereka telah memulakan proses tersebut sebelum jendela perpindahan dibuka - Januari 2019.

Malah, ekoran tindakan Rabiot dan Barcelona itu turut menyebabkan PSG menghukum pemain tersebut dengan tidak membenarkan beliau beraksi sehingga akhir musim ini.

Bagaimanapun pihak Barcelona telah membuat pengumuman rasmi setelah tersebarnya dakwaan dimana mereka telah melakukan rundingan tanpa kebenaran dan pengetahuan PSG.

FC Barcelona wish to address stories published in France regarding the signing of players from Paris Saint Germain, and make clear that they have not breached any rule in this regard.

The only contact made was during the month of August and one week ago. In both cases, this contact was made with PSG's sporting management to show FC Barcelona's interest in player Adrien Rabiot.

FC Barcelona have always wanted to work with the utmost transparency in their dealings with PSG and with any other club.

FC Barcelona refute the existence of any type of agreement with PSG player Adrien Rabiot.

Barcelona, 30 December 2018


Post a Comment

Previous Post Next Post