Rumors perpindahan Ever Banega ke Arsenal, kuasa ekonomi dan tawaran gaji tinggi.

KEBIMBANGAN terhadap kuasa ekonomi Arsenal dan keupayaan untuk menandatangani pemain dengan tawaran gaji besar.



Rumors perpindahan Ever Banega ke Arsenal semakin kuat diperkatakan dan seolah-olah ianya sukar untuk dihentikan.

Pada musim panas lalu, terdapat dakwaan bahawa ejen pemain tersebut telah berkunjung ke London untuk berunding bersama The Gunners, setelah tersebarnya berita bahawa Unai Emery benar-benar mahukan pemain itu.

Namun, keluarga Banega tidak bersedia untuk berpindah dan gembira untuk kekal di Sepanyol menyebabkan perpindahan tersebut tidak berlaku.


Pun begitu, skrip sama berulang kembali sejak beberapa hari lalu dengan terdapatnya dakwaan yang mengatakan bahawa ejen beliau telah melawat London untuk berbincang bersama The Gunners, yang mana Unai Emery benar-benar mahukan Banega, tetapi keluarga pemain itu sekali lagi tidak mahu meninggalkan bandar Sepanyol.

Kisah sama berulang kembali dengan skrip sama, bukan?


Pada 28 Disember, dilaporkan bahawa ejen Banega telah berada di London namun tiada sebarang petunjuk yang menyokong laporan tersebut bagi mengukuhkan dakwaan ejen tersebut tiba untuk perbincangan bersama Arsenal, ianya sekadar andaian yang dibuat oleh beberapa pihak tertentu.



Malah media Sepanyol, Estadio Deportivo turut mendakwa bahawa Sevilla sedikit pun tidak tergugat dengan laporan tersebut kerana mereka tahu bahawa keluarga Banega begitu selesa berada di Sepanyol dan tidak mungkin pemain tersebut akan berpindah ke England.

And in Seville, despite the hum of recent days, are relatively calm, because they know that the family of '10' is happy in the capital of Seville, although Jugones laSexta,through Elisa Lasso, has revealed on Thursday a fact disturbing: the -new- agent of Banega is currently in London. --Estadio Deportivo

Bagaimanapun laporan dari pihak Sepanyol itu kemudiannya di'ejas' sedikit oleh media Inggeris, dengan melaporkan bahawa ejen Banega berada di London bagi perbincangan bersama Arsenal bagi mencetuskan sedikit 'keghairahan'.

Dan pada 30 Disember, media sukan Sevilla, Estadio Deportivo sekali lagi membawa dua artikel menarik mengenai perkembangan tersebut.

Pertama mereka melaporkan keinginan pemain tersebut untuk kekal di Seville dimana dengan menggambarkan bahawa ianya 'hampir tidak boleh dirunding' selepas kecewa di Milan, namun 'kekuatan ekonomi' Arsenal dirujuk sebagai kebimbangan dengan kemampuan kelab London itu untuk menebus klausa pelepasan berjumlah  €20  juta disamping isu pembayaran gaji yang tinggi. 

Kedua, situasi Aaron Ramsey bersama The Gunners yang mungkin dapat melihat langkah perpindahan dibuat untuk mendapatkan pemain tengah Argentina itu, walaupun sekali lagi mereka menyatakan bahawa Sevilla percaya Banega akan berpegang kepada janji beliau terus kekal bersama kelab tersebut.



Setakat ini media Sepanyol percaya bahawa perpindahan ini masih diragui dan hanya media Inggeris yang beria-ria melaporkan sebaliknya.

Pemain berusia 30 tahun itu masih kekal dengan kontrak asal ditandatanganinya semenjak kembali daripada Inter Milan pada Julai 2017.

Dan beliau mempunyai klausa pelepasan berjumlah € 20 juta serta akan berusia 32 tahun apabila perjanjian tersebut berakhir pada tahun 2020.

Kemungkinan juga, beliau bakal memperbaharui kontrak bersama Sevilla sekiranya beliau gembira berada dikelab tersebut sebagaimana ditegaskan dalam laporan tersebut.

Berbeza pula dengan laporan media Itali, ANSA yang mana telah melaporkan bahawa kemungkinan perpindahan tersebut bakal berlaku dan hanya menunggu jawapan daripada Ever Banega sahaja.

(ANSA) - ROME, DECEMBER 29 - These days are full of questions for Argentinean Ever Banega, Sevilla midfielder, who recently received an offer to move to Arsenal. The former Inter is in the sights of the Spanish 'Gunners', Unai Emery, who would like to take him to London to give order to the tactical set-up of his team. In Seville, Banega is well and would not be entirely convinced to leave Andalusia to move to the 'City'. The Arsenal is waiting for a response from the player, who helped to revive Sevilla. The 'Tanguito', as it is nicknamed Banega, has a rescission clause of 20 million, which Arsenal has no problems to cover in full. -- ANSA

Post a Comment

Previous Post Next Post