Mike Dean kedua selepas Liverpool dalam senarai penalti.

Michael Dean, 50 tahun lebih dikenali dengan panggilan Mike Dean merupakan pengadil bolasepak profesional Inggeris dimana khidmat beliau banyak digunakan ataupun dilihat mengadili perlawanan melibatkan Liga Perdana Inggeris.



Walaupun beliau dilahirkan di Heswall, Wirral sebuah bandar di daerah Merseyside, namun beliau sering kali dilabelkan sebagai peminat dan penyokong  kelab London, Tottenham Hotspurs.


Jarak tempat kelahiran Mike Dean dengan London, kira-kira 365 km.
Awal tahun lalu, Mike Dean pernah menghampakan The Gunners ketika perlawanan menentang West Brom apabila menghadiahkan penalti kontroversi diminit-minit akhir perlawanan untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 1-1.


Dan pada perlawanan liga malam tadi melibatkan Arsenal menentang Spurs, beliau telah diberikan tanggungjawab sebagai pegawai bertugas untuk mengadili perlawanan tersebut.

Sudah tentu berita pengumuman tersebut memberikan reaksi 'terkejut' kepada seluruh peminat dan penyokong Arsenal.

Ternyata Dean tidak 'mengecewakan' apabila menghadiahkan dua penalti pada perlawanan malam tadi.



Pertama beliau menghadiahkan kepada Arsenal sepakan penalti pada minit ke-10 dan disempurnakan oleh Pierre Emmerick-Aubameyang.

Kemudian Dean memberikan penalti kedua pada perlawanan tersebut, namun kali ini untuk Spurs selepas Heung-min Son dijatuhkan oleh Rob Holding dan Harry Kane juga berjaya menyempurnakan sepakan tersebut.

Dengan dua penalti yang dihadiahkan beliau pada perlawanan tersebut, ini bermakna Dean telah merekodkan 145 penalti dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Dan 'pencapaian' itu melayakkan beliau kini untuk menduduki senarai kedua paling banyak bagi kategori penalti didalam sejarah Liga Perdana Inggeris, kedua dibelakang Liverpool yang merupakan bandar kelahiran beliau.


Post a Comment

Previous Post Next Post