Ramsey salah satu pilihan namun mempunyai satu kelemahan, menurut laporan.


PEMAIN Arsenal merupakan salah satu pilihan untuk kelab Paris Saint-Germain (PSG), setelah seorang lagi pemain yang memiliki profil serupa digugurkan.



Dengan tinggal hanya enam bulan lagi bersama kontraknya, keputusan Adrien Rabiot untuk tidak menandatangani pembaharuan perjanjian telah menyaksikan masa bermainnya kini semakin terhad.

Dan jika mengambil kira laporan yang boleh dipercayai serta diyakini, Thomas Tuchel telah melarang pemain tengah itu daripada memasuki bilik persalinan.

Paris United have reported that, under instructions from sporting director Antero Henrique, PSG coach Thomas Tuchel has banned him from being in the dressing room on match days. -- Sport

Bekas pengurus Borussia Dortmund itu mahu pihak PSG menguatkan pasukan terutamanya pada barisan tengah menjelang jendela perpindahan kedua dibuka dan akhbar Catalan, Sport melihat Ramsey sebagai salah satu pilihan tersedia dipasaran.

Situasi hampir sama Aaron Ramsey dengan Adrien Rabiot yang juga berada dalam enam bulan terakhir kontraknya bersama The Gunners dan gagal mencapai persetujuan dalam memperbaharui kontrak.

Cuma bezanya, Ramsey mahu kekal di Emirates namun rundingan gagal, manakala Rabiot jelas tidak mahu menandatangani perjanjian baru.


Pemain antarabangsa Wales itu jarang digunakan oleh Unai Emery dan laporan itu menyebut profil bintang The Gunners itu menyerupai Rabiot namun mempunyai satu kelemahan, yang mana Ramsey tidak boleh bermain sebagai pivot.


Laporan itu juga mendakwa pemain berusia 28 tahun itu menjadi pilihan Juara Ligue 1 kerana ketepatan hantaran dan corak bermain 'offensive' yang dimiliki Ramsey, serta kebolehan tersebut turut menjadi sebab utama Juventus ingin mendapatkan pemain tengah Arsenal itu.

Seandainya mana-mana kelab berhajat untuk mendapatkan pemain berpengalaman The Gunners pada bulan ini (Januari), dianggarkan mereka terpaksa mengeluarkan belanja sekitar €15 ke €20 juta. 

Post a Comment

Previous Post Next Post