Dani Ceballos luah situasi semasa dirinya, apa yang harus Arsenal lakukan?

ARSENAL menandatangani Dani Ceballos secara pinjaman dari Real Madrid pada musim panas tahun ini.


Dan pemain itu telah mendedahkan bahawa beliau sangat gembira berada di Emirates dan tidak menyesal dengan keputusannya untuk meninggalkan Real Madrid dalam satu temubual dibuat minggu lepas.

Boleh dikatakan prestasi Ceballos ketika ini agak memberangsangkan walaupun baru beraksi untuk 11 perlawanan secara keseluruhnya, bersama Arsenal setakat ini.

Rekod penampilan Ceballos setakat ini bersama Arsenal
Saingan 19/20 Penampilan Jaringan Bantuan Minit beraksi
Premier League 8 - 2 439'
Europa League 2 1 - 108'
EFL Cup 1 - - 19
JUMLAH 1 1 2 566'

Dengan mendedahkan mengenai situasi sebenar melanda dirinya bersama Arsenal dalam satu temubual yang dibuat ketika terlibat dalam tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Sepanyol, apakah yang harus Arsenal lakukan terhadap Ceballos?

I’m very happy at Arsenal, I’m where I want to be, and I had the proper amount of time to play and have fun. It was exactly what I was expecting when I decided to leave Real.

Ceballos telah memulakan lima daripada lapan perlawanan yang telah dimainkannya untuk Liga Perdana musim ini dengan merekodkan dua bantuan gol, malahan berjaya menjaringkan satu gol dalam saingan Liga Europa.

Pemain Sepanyol itu meninggalkan Real Betis pada 2017 untuk menyertai Real Madrid namun gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama secara tetap, menyebabkan dia mengambil keputusan berpindah secara sementara, menyertai Arsenal musim ini.

Rekod penampilan Ceballos bersama Real Madrid untuk musim 2018/19
Saingan 2018/19 Penampilan Jaringan Bantuan Minit Beraksi
LaLiga 23 3 - 1,245'
Copa del Rey 6 - 2 428'
Champions League 3 - - 185'
Club World Cup 1 - - 20'
UEFA Super Cup 1 - - 44
JUMLAH 34 3 2 1,922'


Rekod penampilan Ceballos bersama Real Madrid untuk musim 2017/18
Saingan 2017/18 Penampilan Jaringan Bantuan Minit Beraksi
LaLiga 12 2 - 396'
Copa del Rey 5 - - 411'
Champions League 4 - - 82'
Supercopa 1 - - 10'
Club World Cup - - - -
JUMLAH 22 2 - 899'

POSISI
Boleh dikatakan Ceballos merupakan pemain serba boleh walaupun pada asasnya posisi beliau adalah sebagai pemain tengah (Center Midfield).

Ketika bersama Real Madrid, Ceballos telah beraksi pada kesemua posisi bahagian tengah pasukan itu dengan membuat penampilan sebagai pemain tengah (Central Midfield), tengah kanan (Right Midfield), sayap kiri (Left Winger), tengah bertahan (Defensive Midfield), tengah menyerang (Attacking Midfield) dan tengah kiri (Left Midfield).

Boleh dikatakan bahawa ianya adalah pemain yang dicari-cari oleh pengendali Arsenal, Unai Emery.

Pun begitu, bersama Arsenal, Ceballos hanya beraksi dalam dua posisi berbeza setakat ini iaitu sebagai tengah menyerang (Attacking Midfield) dan tengah (Center Midfield).

Dan berdasarkan kepada statistik untuk tempoh dua musim bersama Real dan terkini bersama Arsenal, posisi terbaik Ceballos adalah pada bahagian tengah (Center Midfield) apabila telah merekodkan empat gol dan dua bantuan gol.

Saingan 2017/18 Penampilan Jaringan Bantuan
Central Midfield 21 2 -
Right Midfield 1 - -
Saingan 2018/19 Penampilan Jaringan Bantuan
Central Midfield 29 1 2
Left Winger 2 - -
Defensive Midfield 1 1 -
Attacking Midfield 1 1 -
Left Midfield 1 - -
Saingan 2018/19 Penampilan Jaringan Bantuan
Attacking Midfield 7 - 2
Central Midfield 4 1 -



Adakah Arsenal bakal menandatangani Ceballos secara kekal?

Sebelum ini, Ceballos mengatakan bahawa beliau tidak berminat atau berhajat untuk berpindah secara kekal bersama Arsenal dan The Gunners juga tidak mempunyai pilihan untuk membelinya dalam kontrak pinjaman pemain ini.

BACA: Situasi Ceballos ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Ceballos mempunyai kontrak bersama Real Madrid sehingga Jun 2023 dan sudah pasti prestasi cemerlang pemain ini bersama The Gunners lebih menguntungkan Los Blancos.

Malah pengendali Sepanyol, Robert Moreno turut menggesa Ceballos untuk memanfaatkan masa bersama The Gunners bagi menjamin peluang pemain itu untuk mewakili skuad La Roja.

BACA: Dani Ceballos perlu manfaatkan masa bersama The Gunners.

Tidak dapat dinafikan bahawa pemain ini sedikit sebanyak memberikan nafas baru pada bahagian tengah Arsenal kerana dia mempunyai tenaga dan kreativiti. 

Pemain berusia 23 tahun itu telah melakukannya dengan baik untuk Arsenal dan telah memenangi hati peminat dan penyokong The Gunners dengan semangat tinggi dan keinginannya untuk berjuang dalam perlawanan.

Dibawah Emery, Ceballos jelas mengatasi pemain berpengalaman seperti Mesut Ozil dalam peranan untuk merancang serangan Arsenal dan kelebihan yang dimilikinya itu jelas membantu pengendali Arsenal kerana selain memiliki kretiviti, dia juga mampu menyumbang dalam pertahanan.

Berdasarkan posisi yang dimainkan beliau sebelum ini bersama Real Madrid, sememangnya dia mampu memberikan sumbangan pada pertahanan Arsenal dan jelas sekali dia menepati ciri-ciri pemain yang dicari Unai Emery dan ini juga menjelaskan mengapa Ozil disingkirkan.

Ceballos baru berusia 23 tahun dan mempunyai potensi untuk menjadi pemain tengah yang sangat berbisa untuk The Gunners.

Arsenal turut memiliki seorang lagi pemain tengah yang masih muda, Mattéo Guendouzi yang baru berusia 20 tahun.

Dan mereka berdua mungkin boleh membentuk gandingan tengah yang mantap dalam beberapa tahun akan datang.

Ceballos adalah pakej yang lengkap, seseorang yang mempunyai hati untuk berlari dan turun ke bawah membantu pertahanan sepanjang 90 minit serta memiliki bakat untuk mencipta peluang di kawasan ketiga (final third).

Namun adakah Arsenal mampu memiliki Ceballos secara tetap (kekal) dengan menukarkan perjanjian pinjaman kepada pembelian tetap?

Post a Comment

Previous Post Next Post